Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri.
"Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jangan lupa komen dan tekan bintang tau🤭💕Enjoy read❤️
DANEEN termenung. Dia berjalan di sekitar laman seraya mengingatkan sesuatu. Kata-kata Aidan tidak henti-henti bermain di dalam fikirannya. Masih terngiang-ngiang di dalam minda. Meski hatinya saat ini sudah tenang tapi ia mendidih jiwa. Hatinya kian terusik.
"Baiklah. Kau tak perlu beritahu aku." Dingin suara itu.
Daneen tak mahu timbul perselisihan faham. Dia segera bersuara.
"Daneen tak bermaksud nak berahsia. Cuma tak semua ingatan pahit perlu diceritakan semula," hujah Daneen perlahan.
"Maksud aku, walaupun kau merahsiakan tentang hal tu, aku tak kisah. Jika lakukan itu demi kebaikan kau, aku tak ada masalah."
Daneen terkedu. Aneh sekali kata-kata itu. Dia betul-betul tidak dapat meneka situasi yang dilalui ketika ini.
"Jadi, ayah tak marah?"
"Untuk apa marah?"
"Mana tahu ayah tak selesa dan janggal lepas tengok luka dekat Daneen. Mungkin ayah rasa jijik," tafsir Daneen. Mana tahu kut itu pandangan ayah pada gadis sepertinya.
"Kau tak jijiklah. Aku yakin bekas-bekas luka tu bukan kehendak kau dan bukan berpunca dari kecuaian atau salah kau."
"Ayah terlalu yakin. Macam mana kalau salah Daneen?"
Dia ketawa. Ketawa yang kedengaran ikhlas dari biasa. Makin tertanya-tanya dibuatnya.
"Trauma kau tadi jelas depan mata aku. So, stop lying," balas Aidan.