DLM : 38

5.2K 284 75
                                        

Terima kasih bukak, jangan seen je, kena baca, vote dan komen tau, tau!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Terima kasih bukak, jangan seen je, kena baca, vote dan komen tau, tau!


HUJUNG baju dibutangkan sambil ekoran mata melingas dari atas hingga bawah melihat segi pemakaiannya, hendak memastikan pakaiannya kemas.

Selesai menyiapkan diri, rambutnya dirapi. Penampilannya hari ini harus lebih kemas kerana dia akan bersama pelanggan VVIP. Semalam takut juga nak beritahu Daneen, maklumlah Daneen pula dalam keadaan memerlukan dia.

Dia ingat pesan Daneen semalam, kejutkan dia tapi dah tidur lena sangat serba salah pula jika menganggu.

Aidan melangkah keluar dari bilik air dan menuju ke arah langsir yang tertutup. Dia menyelak sedikit lalu dia berpaling ke arah Daneen setelah melihat cuaca luar. Kelihatan Daneen masih tidur.

Sorry sayang, abang tak nak ganggu. But don't worry, I have present for you.” Aidan meletakkan di atas meja sebelah Daneen satu kotak berwarna hitam berikat reben merah, terdapat juga corak berbentuk love di situ. Tadi, sempat juga dia pergi beli kat kedai cenderamata area berdekatan hospital itu. Mujur kedai itu buka awal.

Dahi Daneen dikucup lama lalu wajah Daneen diusap perlahan. “I love you sayang,” bisik Aidan sambil meniup telinga Daneen. Aidan tangkas ke belakang apabila melihat tangan Daneen mula menepis.

Tahu sangat, sebab itu dia cepat-cepat mengambil langkah berjaga-jaga. Kalau duduk situ lagi, mahunya dapat tamparan percuma.

“Tidur pun cantik sayang abang ni,” puji Aidan sebelum mendaratkan ciuman di pipi Daneen. Sesaat kemudian, ciuman beralih ke dahi. Sebelum berganjak keluar, sempat dia mengamati wajah Daneen.

“Semoga sayang sentiasa dalam lindungan Allah…”

Aidan menutup pintu bilik tidur tersebut. Dengan langkah sederhana, dia menuju ke pintu lif. Sementara menunggu lif tiba, dia segera mengeluarkan telefon dari kocek seluar.

Nombor telefon mamanya didail. Beberapa saat kemudian masuk di panggilan. “Assalamualaikum mama, Along ni.” Aidan membuka bicara.

“Waalaikumussalam, ya Along,” sahut Puan Sri Hana lembut.

“Mama comfirm ke datang tengokkan Daneen?” tanya Aidan inginkan kepastian.

Sure, mama tengah siap ni. Nak tunggu Tok Mek sampai macam lambat sangat pulak. Inn Shaa Allah dalam 30 minit mama sampai,” balas Puan Sri Hana di talian.

“Tok Mek datang dengan apa, mama?” Aidan menyoal sambil mata melirik jam di pergelangan tangan.

“Dengan bas. Mama ingat nak minta tolong Angah ambilkan Tok Mek bila Tok Mek sampai kejap lagi, tapi Angah tak ada rumah pulak.”

Isteri TeristimewaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang