DLM : 3

10.7K 788 244
                                    

KE hulu hilir Aidan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KE hulu hilir Aidan. Dari ruang tamu sampai ke luar rumah dia berjalan tanpa henti. Serabut fikirannya malah bercelaru. Lagi-lagi memikirkan Daneen yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

Matanya cuba dipejam kemudian dicelikkan semula. Dia ingin semua yang berlaku ini hanyalah sekadar mimpi.

Tangannya hinggap ke dahi mengurut pelipis. Masalah yang dialaminya ketika ini lebih besar berbanding masalah negara. Bagaimana dia boleh bawa masuk gadis yang ajnabi (bukan mahram) ke dalam rumah?

Tapi rasanya tak menyalahi selagi belum melebihi tiga hari. Iyelah tetamu hanya dibenarkan tinggal tiga hari sahaja, selebihnya harus pulang ke teratak masing-masing.

Ya, betul! Wowowo, takkanlah aku nak benarkan dia tinggal kat sini tiga hari? Tetap salah. Dengar sini Ammar Aidan yang kacak lagikan bergaya, ingat pesan mama. Mama kau tak ajar kau simpan perempuan yang bukan mahram.

Tapi mama, Aidan bukan simpan, Aidan tolong.

“Hargh! Aku memang dah gila!” Aidan mengusutkan rambutnya.

Dia menjerit sekuat hati. Dalam satu malam, gadis yang bernama 'Daneen' merosakkan rancangannya memerhati gadis yang didamba.

Bibirnya digigit apabila tiada cara lain muncul di fikiran yang dapat membantunya ketika ini. Matanya melilau apabila menangkap bau minyak wanginya menusuk rongga hidung.

“Siapa guna minyak wangi aku ni?”

“Ayah! Daneen wangi tak?”

Laju Aidan menoleh.

Dia mengurut dadanya. Terkejut melihat muka Daneen. Penuh dengan bedak sejuk miliknya. Nasib dia sempat berpaut pada dinding, kalau tidak memang nangka busuk jadinya.

“Ayah terkejut sebab bedak sejuk ni ke?”

Terbuntang biji mata Aidan apabila Daneen mendekatkan muka dengannya. Jarak mereka hanya seinci.

Aidan mahu menakutkan Daneen kembali, dia mendekatkan lagi. Namun tindakan Daneen menyeramkan lagi. Daneen lebih dekat, mujur tidak mencium wajahnya.

Aidan melarikan wajah segera. Matanya terus seakan tidak berfungsi. Sekejap kanan, kiri, atas dan bawah. Penangan Daneen memang membuatkan bulu romanya menegak. Seram sejuk!

Dia kembali fokus pada Daneen yang masih tertanya-tanya. Matanya mencerlung tajam Daneen. Geram semakin berbuku.

“Aku ingat kau mati dah! Kejap, siapa bagi kau guna minyak wangi aku?”

“Tadi Daneen masuk bilik ayah, Daneen nak...”

“Ya Allah, bilik aku!” Kakinya selaju mungkin dihayunkan ke bilik. Dadanya berombak laju. Pasti Daneen telah merosakkan segala barang di dalam bilik, terutama aksesorinya yang mahal-mahal itu.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now