DLM : 37

4.9K 331 111
                                        

BAB 37

AIDAN menarik kerusi lalu ditarik lebih dekat dengan Daneen. Muka ditekup seketika, menahan air mata yang cuba mengalir lagi.

"Kenapa ni abang? Beritahu la Daneen," gesa Daneen semakin risau tengok Aidan tiba-tiba menangis. Belakang Aidan diusapnya lembut persis memujuk kanak-kanak kecil.

"Abang risaukan Daneen." Aidan meluah bersama nada sebak di dalam luahan.

Daneen menghela nafas lega. Ingatkan doktor cakap dia dah nak mati. Yelah, risau jugak tengok Aidan menangis-nangis, apa lagi kan kalau tak kerana seorang nak mati.

"Risau sampai nangis? Hisy tak maulah nangis. Lelaki tak eloklah nangis, janganlah nangis abang."

Aidan angkat wajah melihat Daneen. Sedih bila Daneen berkata sedemikian. Bukan senang dia hendak menangis. Kalau dah tahap menangis, memang sayang sangatlah.

"Dah risau nangis je la. Tak boleh ke?" Kedengaran manja sahaja suara Aidan membalas kata-kata Daneen.

"Mestilah tak boleh. Buruklah abang, tengoklah muka abang tu merah-merah dah macam badut. Hisy tak sesuai." Muka Aidan ditonyoh-tonyoh. Sememeh je muka Daneen membalas pandangan Aidan.

"Sampai hati sayang membadutkan abang," balas Aidan bernada sayu.

"Daneen tak sukalah abang nangis. Daneen okey, look at me. Cuma tangan dan kaki Daneen je sakit banyak, lain sikit je. Okey tak? Jangan nangis dah," pujuk Daneen biasa-biasa seraya mengesat air mata yang membasahi pipi suaminya. Aidan pandang muka Daneen, masih tak percaya Daneen macam tak kesah pun.

"Sayang tak sama langsung macam mama, mama pujuk abang sungguh-sungguh bila abang nangis. Sayang pulak siap tonyoh-tonyoh muka abang macam basuh pinggan. Sayang memang tak sweet langsung," komen Aidan panjang lebar meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.

Daneen buat muka sekonyong-konyong.

"Memanglah tak sama, Daneen isteri bukan mama." Daneen meneruskan kata-katanya bersama riak wajah tak kesah.

"Sampainya hati sayang. Abang sampai nangis-nangis risaukan sayang, tadi sayang tak tahu yang sayang menjerit-jerit sakit. Lepastu ni abang ni, ha abang yang kelam kabut panggil nurse tau. Habis, lepastu tunggu sayang dirawat pulak, hati abang masa tu berkecai tahu tak semata-mata risaukan sayang je. Nasib doktor kata sayang tak apa-apa. Lepastu lagi, abang masuk bilik, sayang sedar tadi tengoklah keadaan abang, I mean betapa paniknya abang pergi dapatkan air untuk sayang. Last sayang cakap abang tak elok bila nangis, dulu elok sayang cakap abang hensem, sekarang dah kahwin tak sampai sebulan sayang dah maksudkan abang tak hen..." Tak sempat berpanjangan lagi luahannya, Daneen mencelah apabila hatinya mulai dirudung rasa bersalah berkata sedemikian tadi.

Tapi ada la sikit-sikit nak usik Aidan, first time kut tengok suaminya menangis untuknya. Perkataan 'semata-mata' yang disebut oleh Aidan tadi benar-benar membuatkan dia cair habis. Tambahan lagi, dia tengok je muka Aidan masa meluah perasaan. Dahlah sambil menangis, comel je. Kalah perempuan tau comel.

"How cute you abang?" celah Daneen sambil berhati-hati merapatkan mukanya dengan Aidan. Tika ini, wajahnya dengan wajah Aidan hanya jarak seinci sahaja.

Dari mata Daneen, sudah terpapar jelas riak wajah Aidan berubah seperti situasi terkedu. Barangkali dia dah berjaya membuatkan iman suaminya bergelora seperti air laut.

"Cute?" Aidan tiba-tiba tersedu.

"Terima kasih risaukan sayang," bisik Daneen berbaur manja seraya mendaratkan kucupan di pipi Aidan. Pipi Aidan dibelainya lalu mata Aidan didaratkan kucupan lagi.

Isteri TeristimewaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang