DLM : 28

6K 439 79
                                    

Uish hensemnyaaaaa gambar di atas😌❤️Btw pada yang masih belum follow DyannRose sila follow na, mana tau kami update mb hal penting atleast hampa tau😘💕Peringatan, jangan terpedaya dengan ayat di bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Uish hensemnyaaaaa gambar di atas😌❤️Btw pada yang masih belum follow DyannRose sila follow na, mana tau kami update mb hal penting atleast hampa tau😘💕Peringatan, jangan terpedaya dengan ayat di bawah.

JARINYA cuba memulas kunci kereta, berkali-kali dia cuma namun Aidan menjerit kehampaan apabila enjin kereta itu masih tidak hidup. Tanpa mempedulikan hujan yang semakin menggila di luar, dia berlari keluar.

Daneen, hanya Daneen di dalam fikirannya. Dia tak kesah kalau perlu meredahi hujan. Walaupun hujan semakin lebat dengan kilat dan guruh yang menggegarkan jantungnya langsung tidak berjaya menghentikan kakinya dari terus berlari.

"Daneen, maafkan abang! Daneen mana sayang? Abang cintakan sayang sangat-sangat." Aidan meraung di sana sini. Biarpun penglihatannya semakin terbatas kerana hujan yang semakin lebat, namun sedikit pun tidak melemahkan keinginan untuk mencari Daneen.

Titisan mutiara yang menuruni pipi gebunya diseka dengan hujung jari telunjuk. Hujan yang masih turun membasahi bumi selebat hujan air mata Daneen.

Dalam gerimis Daneen menangis, dia membawa hati dan batin yang terhiris. Hujan serta guruh seakan mengerti apa yang sedang dia alami.

Tangannya menggigil kuat menahan kesejukan, dia cuba mencari kekuatan. Terasa baru tadi dirasanya Aidan memeluknya erat dan telinganya masih terngiang-ngiang ucapan indah suaminya.

Angin yang menderu mencurah-curahkan lagi air hujan. Bergelut dengan perasaan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga suatu perkara yang mengembirakan.

Air matanya jatuh lagi, dia menangis semahunya. Hujan yang masih turun membasahi bumi selebat hujan air mata Daneen.

"Tidak layak lagi untukku dikelilingi bahagia bersama orang yang aku sayang Ya Tuhanku? Hari-hari aku, Engkau bersamaku, tiap hariku juga aku tak henti-henti mengejar cinta-Mu tetapi Ya Allah dalam kehidupan ini aku memohon restu-Mu, Ya Tuhanku, agar aku bahagia dalam mencintai cinta sejati. Aku mohon Engkau makbulkanlah doaku untuk kali ini," doa Daneen lalu dia terjelopok di atas jalan tar. Dia lelah.

Fikirannya hampir lumpuh. Dia tidak tahu lagi arah mana yang harus dia tuju. Malam yang gelap diiringi hujan langsung tidak membantu. Jalan yang dilalui pula sunyi.

Bergetar hebat wajahnya yang kian pucat. Hujan juga semakin kejam membasahi tubuhnya. Kesejukan membuatkan dirinya lesu dan makin tidak bermaya.

Dia menekur jalan tar. Kakinya sakit, sudah beberapa kali dia jatuh. Berkerut dahinya menahan sakit yang acapkali menyinggah setiap kali dia cuba berjalan. Dirinya seperti sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

Kedengaran guruh diselangi bunyi enjin kereta yang benar-benar kuat menyapa telinganya. Dia menoleh, lampu kereta itu bercahaya terang membuatkan matanya silau.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now