Selepas membaca atau sedang membaca:
1) Awak, awak yang tengah baca ni lah. Awak mesti beri undian, iaitu bintang ⭐. Bintang kat bawah tu ⭐.2) Komenlah banyak2. 😆
3) Kalau-kalau awak ternampak kesalahan tolong tag (komen) eh😝
“MAKSUD Daneen, Daneen nak makan dengan ayah,” terangnya laju tanpa gagap.
Mukanya rasa berbahang. Berbahang yang betul-betul berbahang. Tanpa perlu melihat cermin pun, dia tahu mukanya merah semerah tomato sekarang ini.
Dia terus menuju ke pondok di laman itu dan berpura-pura menghayati suasana di situ.
“Kau tunggu situ. Aku masuk ambil makanan,” laung Aidan kemudian menutup paip air.
Daneen tidak memberi respon. Dia pura-pura sibuk menghayati suasana yang indah.
Daneen mengalih laju melihat sama ada lelaki itu telah membolos masuk ataupun belum.
Dia menghela nafas lega bersama keluhan berat. Bibirnya digigit.
“Haisy! Mulut ni nakal, degil, gatal dan semualah!” Daneen merungut sebal sambil menampar berulang kali mulutnya.
Aidan menapak ke ruang dapur mendapatkan dulang. Sedang dia sibuk menuang air, bunyi nada dering telefon pintarnya bergema kuat.
Aidan segera mengambil telefonnya di atas kabinet, dia memerhatikan nombor yang keluar di skrin telefonnya.
Dia mengeluh berat. Laju dia menekan punat merah.
"Ayah!" jerkah Daneen.
Daneen menongkat dagu di depan Aidan yang pura-pura menyembunyikan terkejutnya itu.
"Kenapa tak angkat panggilan tu?" Daneen yang masuk ke dapur secara mengejut itu terus menegur. Sedari tadi dia mendengar bunyi telefon, berulang kali. Almaklumlah dia mengendap Aidan.
“Don't busy body.” Aidan menyebut satu per satu dan menekan kuat suaranya sambil memandang raut wajah nakal itu.
“Daneen comel sangat eh?” Daneen terkelip-kelip merenung Aidan.
Aidan menolak pipi Daneen hingga gadis itu terteleng.
"Tak payah nak buat muka comel dengan aku. Kelihatan disepasang mata aku ni comot je. Dengan baju aku tu kau ingat comel ke?” Baju t-shirt lebar serta seluar longgar miliknya yang dipakai Daneen itu dipandang bersama senyuman sinis.
Tajam Daneen mencerlung Aidan. Dia menghentakkan kakinya apabila lelaki itu mengukir senyuman sinis.
Teruk sangat ke? Daneen menghampiri cermin besar di ruang tamu, dia menilik dirinya di hadapan cermin.
YOU ARE READING
Isteri Teristimewa
Любовные романыPerpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...