Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri.
"Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
DANEEN tayang muka sememeh. Letih dengan Aidan ni. Asyik-asyik minta bergambar. Bergambar dekat suasana cantik tak apalah juga, ni kat dalam rumah. Sekejap ditarik ke bilik, lepas tu pergi bergambar dengan Daneen 2.0. Senang cerita, setiap pelosok di rumah.
“Sayang, smile!” pinta Aidan seraya menarik tubuh Daneen ke dalam pelukannya.
“Daneen bosanlah! Hisy asyik bergambar je! Bukannya bergambar kat tempat cantik, ni kat rumah jugak. Tak apalah jugak kalau kita berhenti la mana-mana ke ambil gambar,” protes Daneen sambil meronta-ronta Aidan melepaskannya.
Aidan lepas kemudian meraih bahu Daneen mengadapnya. Aidan memegang kedua-dua belah pipi Daneen.
“Sayang tahu tak? Kita nak berpisah bukan seminit tau, ni seminggu. Kalau sayang terlalu rindukan abang macam mana? Demam, sakit kepala, pengsan dan lepastu ikat perut sebab terlalu sangat-sangat rindukan abang.”
“Itu bukan Daneen. Rindu la teruk macam mana pun Daneen takkan terlibat dalam seksaan diri tu, daripada menyeksa diri lebih baik Daneen buat benda berfaedah.” Daneen mempertahankan dirinya. Matanya dihala ke laman. Panas pula hatinya mendengar Aidan tuduh dia rindu teruk-teruk.
“Tengok tu, nampak dah aura kerinduan sayang kat abang tu. Tak payah ego sayang, peluk je badan abang ni puas-puas.” Aidan membuka pelukan.
“Eiuw, gelilah nak rindu-rindu ni.”
“Depan mata iyelah sayang tak rindu, kalau abang hilang dari pandangan mata. Tak rindu? Mesti gila bayang sayang nanti,” ujar Aidan lagi. Dia masih cuba memancing Daneen.
Mana la kenakalan Daneen ni? Aidan jauh hati, iyelah asyik dia je yang hegeh nak peluk Daneen. Daneen tak pulak, sebelum ni siap peluk kaki. Ni nak peluk pun tak nak. Dia busuk ke? Kalau busuk, sebelum ni tak busuk ke? Boleh je sebelum ni. Hesy sayang betul-betul buat aku merana!
Muka Aidan berubah sedih. Ayatnya terakhir tidak berbunyi latar ceria seperti awal tadi. Daneen yang perasan akan perubahan itu segera mengejar langkah Aidan dan memeluk manja lengan Aidan.
“Okey abang, kita tengok ye siapa yang gila bayang.” Pipi Aidan dikucupnya lalu mengatur langkah masuk ke dalam perut kereta.
Aidan terkesima. Ha sayang, ini baru isteri Aidan!
Aidan terus meluru memeluk Daneen yang hendak menapak ke pintu di bahagian penumpang. Tubuh Daneen dirangkulnya erat.
“Abang rasa macam tak nak lepas je, jomlah sayang kita lari dari sini. Kita duduk kita berdua je tanpa sesiapa menganggu. Abang dah jatuh cinta sangat kat sayang. Setiap kali tengok muka sayang, rasa cinta ni bertambah-tambah.” Suara Aidan membisik dengan nada romantis. Deruan nafas Aidan kedengaran hebat di halwa telinga.