Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri.
"Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
DANEEN berlari sana kemudian sini. Semua butik diredahnya, sakit kepala Aidan melihatnya. Dia kesian pula tengok Daneen bimbit barang-barang. Nak tolong tak kasi.
Degil betul!
Aidan masuk ke dalam butik itu. Kelibat Daneen dicari. Dia tahu, mesti Daneen tengah cuba cari pakaian.
Kakinya diatur ke ruang menunggu yang terdapat di situ. Baru sahaja telefonnya dibawa keluar, satu suara menegur.
“Aidan,” tegur seorang wanita berpakaian baju kurus bunga matahari.
Aidan spontan berdiri. Dia tak menyangka Aisyah turut ada di sini.
“Aisyah...” Nama itu meniti di bibir.
“Aidan buat apa di sini?” tanya Aisyah.
“Saya tengah menunggu kawan. Eh, tak! Saya ambil tempahan baju untuk mama saya.” Aidan berbohong.
“Awak pulak?” soal Aidan pula. Sama-sama membaling soalan bentuk yang sama.
“Saya ambil tempahan jugak,” balas Aisyah dalam intonasi yang sama dengan Aidan. Aisyah mengangkat plastik yang berisi baju dan digoyangkan depan Aidan.
“Boleh, boleh. Awak tunggu luar dulu, saya nak ke kaunter sign tempahan.” Aidan memberi ruang Aisyah keluar terlebih dahulu.
“Okey baiklah. Saya tunggu luar ye?”
“Cik, tumpang tanya. Cik ada nampak tak seorang perempuan berpakaian baju berwarna pink dan seluar hitam?”
Daneen nak nangis. Merata dia mencari Aidan. Mana ayah ni?
Ramai orang yang tengok dia mundar-mandir, namun dia langsung tak heran. Tapi pandangan mereka menakutkan.
“Ayah mana ayah? Daneen takut, ayah...” rintih Daneen ketakutan sambil melilau matanya mencari kelibat Aidan.
“Kita makan sini okey ke?”
Aidan sekadar mengangguk. Fikirannya hanya menerawang pada Daneen seorang. Matanya juga memaksa melilau mencari Daneen.
“Daneen, mana kau?” Aidan semakin panik. Hatinya sengsara. Sakit sangat memikirkan di mana keberadaan Daneen.
Perasaannya bercampur baur. Dia risau. Tambahan lagi, Daneen tak mempunyai telefon untuk dihubungi. Oleh itu masalah ini menjadi rumit. Hargh! Daneen! Mana kau?
“Jom Aidan, saya dah tempah tempat duduk di situ.”
Aidan tersentak. Dia memandang Aisyah mahukan penjelasan semula. Dia betul-betul tak boleh fokus. Daneen, Daneen dan Daneen sahaja dalam fikirannya tika ini.