DLM : 12

6.4K 490 192
                                    

You all okey tak kalau tajuk atas ni DLM jugak? It's okaylah sbb nanti takut ada yang tak perasan pulak buku ni :) Sorry guys lambat update, mengalami masalah orang perempuan dan terpaksa tidur🙏😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

You all okey tak kalau tajuk atas ni DLM jugak? It's okaylah sbb nanti takut ada yang tak perasan pulak buku ni :) Sorry guys lambat update, mengalami masalah orang perempuan dan terpaksa tidur🙏😂

KERETA dipandu memasuki kawasan lebuh raya. Aidan masih fokus memandang jalan raya yang sesak kerana hujan lebat. Daneen pula hanya membuang pandangan ke luar tingkap, hendak menangis tiada gunanya lagi.

Hal kecil? Senanglah orang cakap. Sakit hati yang dirasakannya tadi. Sikit tak apa, ini dahlah bercampur dengan perasaan yang mula memekar. Makin terhiris luka di hati.

Sunyi tanpa sebarang suara di antara mereka. Kedengaran hanya bunyi kereta di luar menekan hon.

Daneen mengalih sedikit tubuhnya. Dia kalau boleh nak merajuk setahun. Tak nak cakap langsung dengan si ayah. Tapi hati ni degil, paksa jugak. Mulut ni pulak tak terasa fungsi jika tidak mengomel.

Ayah, pujuklah Daneen!

Rasa nak meraung je. Mulut ni jahat, nak sangat bercakap. Kena egolah Daneen! Mana boleh cepat sangat biar merajuk tu pergi, memanglah life must go on tapi janganlah teruskan kalau tak boleh tahan. Lagi-lagi situasi macam ni! Daneen mengomel tak henti-henti di dalam hati. Dia tetap teguh dengan egonya.

“Nama adik aku Andara...”

Daneen cepat-cepat menutup mulut. Mulut ni bukan boleh, laju je nak balas.

“Andara Sofea.”

“Hurmm...”

Tengoklah! Apakan daya kadang-kadang mulut mendahului fikiran lantaran jiwa mendahului akal.

Daneen tidak mahu lagi dengar apa-apa. Rambut yang diselit belakang rambut diselak keluar dan menutupi telinga. Dia malas nak layan. Biarlah dia duduk dalam dunia dia sekejap.

Bunyi enjin kereta dimatikan mengejutkan Daneen. Daneen duduk di kedudukannya seperti biasa. Matanya meliar ke luar, memastikan Aidan berhenti di mana.

Daneen melirik Aidan sekilas.

“Dah sampai,” beritahu Aidan kemudian curi-curi tengok muka Daneen. Dia mahu pastikan sama ada Daneen sudah reda ataupun masih marah.

“Berhenti tengok Daneen, Daneen tak suka.” Dingin suara Daneen menegur pandangan Aidan.

Sorry...”

“Ya nevermind.” Pendek Daneen membalas.

“Jom keluar,” ajak Aidan dengan intonasi suara yang lembut serta perlahan.

Bila buat salah tahu pula nak berlembut dan cakap baik-baik tapi bila tak buat salah suara tu kalah harimau mengaum, cakap pun macam nak cari gaduh!

Aidan terhenti sebelum sepenuh tubuhnya membolos keluar. Matanya terarah pada Daneen dengan riak wajah terkejut.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now