DLM : 18

5.6K 399 116
                                    

“KAK Andam ada nampak Aidan tak?” Daneen berbisik di telinga Kak Andam dengan pertanyaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“KAK Andam ada nampak Aidan tak?” Daneen berbisik di telinga Kak Andam dengan pertanyaan. Bunyi suaranya payah dilontarkan kerana wajahnya masih melekat face masks dry skincare.

“Bakal suami awak tu ada kat dapur,” balas Kak Andam. Dia juga balas dalam nada berbisik.

“Buat apa Aidan kat dapur?”

“Bakal suami awak tu... katanya nak buat hidangan special untuk para tetamu.”

Sebaik mendengar bait kata itu, bibirnya menguntum senyum. Untung juga dapat bakal suami yang arif dalam bidang memasak.

“Kak Andam nak ambil toner kejap. Awak baringlah dulu kalau penat, ye?” Kak Andam meminta diri.

Daneen sekadar angguk. Tak larat nak bercakap. Tegang je muka. Ikutkan, dia tak mahu mukanya ditampal pelbagai alat penjagaan dan alat solek. Rimas.

Sementara menunggu Kak Andam, Daneen berbaring seketika. Matanya merenung siling. Pergaduhan tempoh hari yang disaksikannya itu melintas di ruang fikiran.

Kira-kira harini sudah menjengah hari ke-7 iaitu satu minggu dia menumpang di rumah Puan Sri Hana, bakal mak mertuanya. Setelah kejadian merobek hati, Puan Sri Hana menyetujui keputusan permintaan Aidan tapi dengan dua syarat.

Mulai hari Aidan menyatakan hasrat itu sehingga hari pernikahan, Daneen perlulah tinggal dirumahnya dan juga seminggu selepas pernikahan harus ditinggalkan Daneen  sahaja di rumahnya. Berpisah sementara waktu dalam masa seminggu. Puan Sri Hana menyatakan dua sebab setelah syarat diberikan. Satu, seminggu selepas pernikahan akan diadakan majlis perkahwinan dan sebelum tiba, Puan Sri Hana tidak mahu berlaku sebarang persetubuhan di antara dua orang itu iaitu Aidan dan Daneen selagi belum selesai majlis perkahwinan. Kedua, dia mahu mengenali hati budi Daneen selama seminggu itu.

Aidan dan Daneen setuju. Satu masalah timbul apabila Daneen tidak setuju majlis diadakan besar-besaran. Dia menolak permintaan Puan Sri Hana kerana majlis besar-besaran akan menanggung kos pembelanjaan yang tinggi.

Puan Sri Hana tetap dengan pendirian dan tujuan asalnya iaitu mengadakan majlis besar-besaran. Daneen terpujuk juga oleh kerana itu permintaan bakal mak mertua. Kalau tidak ikut, tak jadi pulak kahwin. Mouth watering pulak nanti. Dia bersetuju dan memujuk Aidan agar turut bersetuju. Mujur Aidan tidak banyak karenah dan terus bersetuju.

Lepas satu masalah.

Daneen kembali ke titik nyata. Hari yang ditunggu-tunggu sudah berkunjung tiba. Hari pernikahan, hari diijabkabulkan bersama insan yang tercinta. Pernikahan tanpa paksaan.

Wanita terbahagia adalah dia. Persiapan semua cukup lengkap. Mata Daneen menyorot pada belakang pintu, terdapat pakaian pengantin yang terhias dengan manik-manik labuci. Cantik walaupun ala kadar.

Hargh! Dia tak percaya pakaian secantik itu bakal tersarung di tubuhnya.

'Macam tak sesuai je,' desis hati Daneen.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now