DLM : 8

7.2K 587 254
                                        

Selepas membaca atau sedang membaca:

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Selepas membaca atau sedang membaca:

1) Awak, awak yang tengah baca ni lah. Awak mesti beri undian, iaitu bintang ⭐. Bintang kat bawah tu ⭐. Jangan lupa follow @dyannrose tau!

2) Komenlah banyak2. 😆

3) Kalau-kalau awak ternampak kesalahan tolong tag (komen) eh😝(Dalam bab ni pun ada permainan tau! Hope enjoy!)

“BANGUN pagi gosok gigi, cuci muka, mandi lagi.” Bagai nak rak Daneen menyanyikan lagu itu dengan alunan suara kartun.

“Aik? Macam salah je, mula balik la.”

“Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka tak mandi, pakai baju minum susu. Kejut ayah oh ayahku.” Riang suara Daneen menyanyikan lagu itu sambil menggosok giginya.

“Aik? Macam sama je? Huh lantaklah!”

Daneen pusing kanan kemudian pusing ke kiri menilik giginya di cermin. Dia membuka luas mulutnya agar tampak lebih jelas. Semua di serata giginya kelihatan bersih dan putih.

Daneen menyisir rambutnya yang terurai panjang itu kebelakang telinga sambil mengukir senyuman manis.

“Daneen mesti cantik harini,” ujar Daneen dengan nada nakal.

Kakinya diatur melangkah keluar dari bilik air. Dia mengambil nafas tenang, ketika ini dia merasa segar dan bersih.

Dia berjalan dengan senang hati menuju ke bilik pakaian. Setiap bilik di rumah itu dilengkapi satu bilik lagi selain tandas. Luas bilik itu sebesar luas dapur di rumah anak yatimnya dulu.

Setelah selesai menukarkan pakaian, Daneen menapak keluar dari bilik pakaian dan menuju ke meja alat solek. Meja itu hanya mempunyai beberapa sahaja barangnya. Jadi tidak terlalu penuh dan padat, ianya masih meninggalkan ruang.

“Daneen, lambatnya kau ni. Cepatlah,” gesa Aidan. Panas hati dengan Daneen, bersiap bukan main lama.

“Aku dah pesan tadi jangan mandi kolam, tapi kau kalut nak kuruskan badan, aku mandi kolam hampir tiap-tiap minggu tak pulak kurus-kurus,” bebel Aidan sambil mencekak sebelah pinggangnya.

“Ayah tak kurus sebab ayah memang tak boleh kurus. Tengok badan ayah, gemuk dan tak ada harapan untuk kurus dah. Macam Daneen ni banyak harapan lagi,” balas Daneen tanpa bertapis seraya melangkah keluar dari bilik.

Pintu ditarik rapat.

“Jadi kau maksudkan yang aku gemuk?” Aidan menghantar pandangan tajam yang dalam menerusi matanya pada Daneen.

“Ya, pujian ikhlas dari hati yang nurani. Terima la ye dengan hati yang terbuka.”

“Ada pulak baju, ingatkan pakai kain batik je,” tegur Aidan. Dia tetap berusaha memulangkan paku buah keras pada gadis itu. Selamba badak dia je cakap aku gemuk, hey aku tough okey!

Isteri TeristimewaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang