Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri.
"Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
WAJAH Aidan dijadikan pelabuhan matanya. Lama dia merenung sisi wajah Aidan yang sedang fokus memandu. Lelaki ini suatu tika dulu pasti pernah berkorban demi kebahagiaan adiknya. Setiap senyuman yang diukir memberi bahagia, namun senyuman yang terhias sewaktu pertemuan tadi, senyuman yang menyimpan 1001 rahsia dan juga rasa yang terpendam.
Ayah mesti seorang lelaki yang kuat! I'm proud of you, ayah!
Keadaan jalan raya lenggang di waktu malam membuatkan Aidan memecut dengan kelajuan yang pantas. Dia tahu Daneen merenungnya daripada tadi. Oleh sebab itu dia memandu dalam kadar yang laju. Dapat ganggu penglihatan Daneen.
“Ayah, can I ask you something like fishy?” tanya Daneen meminta izin seraya menghadap Aidan.
“Tanyalah,” balas Aidan mengizinkan.
“Angah memang macam tu eh?”
“'Macam tu' macam mana?” Aidan angkat kening.
“Dia agak garang dan tegas. Garang macam singa!” sergah Daneen dalam nada bergurau sambil menunjukkan ekspresi muka garang.
Aidan senyum. Comel Daneen ni! Perangai Daneen itulah yang sering menimbulkan rasa getar seketika dalam hati Aidan dan sekaligus menghadirkan rasa yang sukar untuk diungkapkan.
“Dia memang macam tu.”
“So, I think you'll like it if you take me as your sister-in-law. I willingly accept it! I will tackle him, I want take him as my husband!”
Aidan terkejut. Tanpa tidak sengaja, dia menekan brek secara mengejut.
Aidan tangkas mendepakan tangan kirinya menahan tubuh Daneen. Daneen memegang kuat lengan Aidan. Takut dia dalam situasi mengejut itu.
Sebaik tubuh terhentak di seat semula, Daneen melontar jelingan maut ke arah Aidan di sisi.
Lengan Aidan ditolak kuat. Aidan terkejut sekali lagi. Tidak sangka mendapat tindak balas kasar setelah melindungi daripada terasa sakit di kemudian waktu.
“Ayah dah hilang akal ke?” jerit Daneen mula dikuasai amarah.
“Kau cakap apa tadi?”
“Ayah dah hilang akal!” Daneen mengulangi. Sebal dengan Aidan yang tiba-tiba melakukan hal tak masuk dek akal dengan brek secara mengejut tanpa seulas alasan.
“Tadi, tadi!”
Aidan tak habis-habis menekankan 'tadi'. Bila dah sebut, dia tanya lagi. Haisy! Ada jugak kena makan penampar ni karang!
“Daneen tak cakap apa-apa pun la!” herdik Daneen sepuas hati.
“Kau cakap nak jadi adik ipar aku! Aku tak salah dengarlah!”
Suara mereka sama-sama melonjak tinggi. Bila Daneen tinggi, Aidan melawan lebih tinggi.
Daneen ketawa hambar. Pipinya membahang kerana terlalu marah. Tengok muka Aidan rasa nak penyet-penyet biar jadi lempeng.