Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri.
"Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
DANEEN mengeliat sepuasnya sebaik menghirup udara kampung yang sungguh menyegarkan. Betapa dia inginkan kepuasan, tidur yang cukup dan mimpi yang indah. Dia selalu berharap suatu hari nanti keajaiban akan menjengah kehidupannya dengan Aidan. Dia akan sentiasa menunggu dan berusaha, tidak kiralah mengambil masa berapa tahun sekalipun.
"Sayang, awal sayang bangun."
Terkejut Daneen apabila Aidan memeluk pinggangnya dari belakang. Daneen cuba meleraikan namun Daneen membatalkan niatnya tatkala merasakan bahunya menampung kepala Aidan.
"Please sayang, just for a while." Aidan memujuk dengan nada yang lembut.
Tiga hari Aidan di hospital manakala Daneen dua hari. Daneen pula kerana sikunya bocor. Dapat pula Aidan yang nampak waktu sepertiga pagi tu. Daneen dah terangkan yang jururawat cakap ambil rawatan esok (hari yang sama, pukul 8 pagi) sahaja tapi Aidan tu paksa sepertiga pagi tu juga. Aidan naik angin bagai orang gila. Semalam dibenarkan pulang, Aidan melancarkan rajuknya. Sepanjang hari merajuk, puas nak pujuk. Daneen akhirnya buat tak endah. Dah pujuk sekali sudahlah. Merajuk kalah perempuan! Geram betul, dahlah muka macam Hagemaru bila merajuk!
Daneen tersedar tatkala merasakan darahnya menderau apabila Aidan mendaratkan satu kucupan drastik dibibir sebaik sahaja merungkaikan pelukan.
"Tak baik marah suami. Ingat tu." Aidan menitip pesanan sebelum curi-curi mengucup pipi Daneen.
Mata Daneen membulat. Malu la kena cium banyak kali!
"Mana boleh cium banyak kali! Malulah!" Daneen berpura-pura seakan darah menyirap.
"You know what sayang, sayang sangat cantik harini." Aidan tiba-tiba mendekati Daneen semula. Dia mendekatkan tubuhnya rapat dengan Daneen.
'Taktik ni! Aku pernah guna dulu! Omo! Dia nak goda aku? Tok Mek pesan kalau Dan mula dulu, ikut je rentak! Tak... tak nak!' jerit Daneen. Boleh gila jadinya kalau diteruskan! Tapi, tak boleh tolak permintaan suami.
Daneen memejamkan matanya seraya memuncungkan bibir. Dalam keterpaksaan sedangkan merelakan itu, dia mendekatkan bibirnya lagi dekat.
Aidan memandang aneh. Seketika kemudian, dia dapat menangkap tujuan itu. Bibirnya mula terukir senyuman nakal.
"Kenapa pejam mata ni sayang? Ehem, kenapa mulut tu?" tanya Aidan sambil berdehem. Dia memegang dagu Daneen.
Ketika itu, jantung Daneen bagai dipalu keluar. Bukan itu sahaja bahkan rohnya seolah ditendang keluar kemudian masuk semula.
Daneen terjelopok.
"Sayang kenapa ni?"
"Abang permainkan Daneen! Jahat, jahat, jahat!"
"Sayang ni buat abang risau je, meh nak kiss sikit." Aidan menyentuh dagu Daneen.
Laju Daneen memalingkan wajah ke arah lain. Merajuk tetap merajuk!