DLM : 23

5.3K 418 55
                                    

TUBIR mata terasa hangat apabila mendengar enjin kereta memasuki laman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUBIR mata terasa hangat apabila mendengar enjin kereta memasuki laman. Pelbagai andaian menujah ruangan fikiran. Dia takut dan bimbang akan dimarahi.

“Daneen, Angah mana Angah?” Soalan itu pertama sekali meluncur keluar dari bibir tua itu.

“Angah kat atas mama,” jawab Daneen. Tangannya sejuk dan menggeletar. Masih terkesan dengan kejadian tadi.

Wanita itu meluru naik ke tingkat atas. Daneen hanya memejamkan mata dan perlahan-lahan melorot jatuh di tepi tangga. Berlinangan air matanya melimpah ke pipi sebaik memejamkan mata.

“Kak Long,”

“Andara...”

Daneen menerpa ke arah Andara. Tubuh Andara di atas kerusi roda dipeluk. Teresak-esak dia melampiaskan tangisan di bahu itu.

“Andara, Kak Long betul-betul tak sengaja,” luah Daneen sungguh.

“Andara tahu. Kak Long janganlah nangis, Angah tu okey, dia lelaki. Kak Long tu perempuan tak sekuat tenaga lelaki.”

“Kak Long rasa bersalah sangat punca lengan Angah sambar dek api. Kak Long nak naik atas tadi, tapi Angah marah sangat kat Kak Long. Kak Long takut,” terang Daneen tentang perasaannya.

Tersayat hati Andara melihat kakak iparnya betul-betul rasa bersalah. Suara Daneen juga meruntun hatinya. Tambahan pula, esakan itu sayu saja kedengaran.

“Kak Long jangan takut, Andara ada.” Andara memujuk seraya menepuk perlahan belakang badan Daneen yang memeluknya. Dia harus memberi semangat. Kini, walaupun Daneen menjadi sebahagian daripada keluarga mereka namun tentu-tentu sahaja masih tidak biasa dengan sekeliling yang baru dan orang baru.

“Apa yang dah berlaku sampai Angah terlibat?” Suara itu bagai panahan kilat yang menyambar. Daneen lantas menoleh.

“Da... Daneen ter... tertidur sekejap sementara tunggu air... mendidih, mama.”

“Macam mana Daneen boleh cuai? Kalau Daneen rasa penat, tidur dulu lepastu baru buat apa yang Daneen mahu. Ini tidak, Daneen punca Angah terlibat sama dan tengoklah sekarang akibatnya,” tempik Puan Sri Hana. Tetapi bait katanya tidaklah teruk, intonasinya sahaja yang tinggi.

“Daneen mi... minta maaf mama.” Daneen tunduk.

Hayden berjalan melintasinya bersama riak wajah serius. Daneen tak berani angkat wajah, sekadar ekoran mata menyorot pada lengan Hayden yang dibaluti kain balutan sementara.

“Minta maaf kat Angah. Bukan mama.” Dingin suara Puan Sri Hana sebelum membantu Hayden keluar.

“Hati-hati mama, Angah juga.” Andara sempat menitipkan pesanan.

“Kak Long, Andara text Along maklumkan kejadian yang berlaku tadi, Along dah on the way balik,” beritahu Andara.

“Kak Long jangan risau, Along takkan marah.” Andara mengurut bahu Daneen perlahan.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now