KAKINYA diatur melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu. Daneen dah beri salam tadi, tapi tiada siapa la pula yang menjawab.
Dia tidaklah melulu masuk seperti rumah sendiri, dia tahu adab sebelum masuk dalam rumah orang. Biarpun dia menantu, dia juga tetamu, masih perlu menjaga adab sebagai tetamu. Oleh itu dia call Aidan terlebih dahulu, bimbang masuk tanpa mendapat keizinan, dikira penceroboh.
“Assalamualaikum, Daneen masuk ye?” ucap Daneen sambil meminta izin. Pintu utama ditolaknya perlahan-lahan.
“Masuklah, bukan ada siapa pun sayang. Dorang keluar, mama dan Andara pergi butik pengantin,” celah Aidan. Suaranya masih bergema di corong telefon.
“Hisy abang ni! Terkejutlah Daneen. Boleh tak jangan menyampuk? Senyap-senyap je,” marah Daneen bersama suara manjanya seperti selalu.
“Baru je kejap abang tinggal, hati abang dah rindu. Macam mana nak ubat rindu ni sayang?” Manja suara Aidan. Geli hati Daneen menyambutnya.
“Zikir, selawat dan sambil-sambil tu pergi ambil wuduk buat dhuha. Boleh lagi tu,” cadang Daneen sambil melangkah ke ruang tamu.
“Okey sayang. Terima kasih banyak-banyak,” balas Aidan. Senyum kelat sahaja terhias.
“Sama-sama banyak jugak ye abang.”
“Sayang, I'm serious. Abang rindu dah kat sayang,” luah Aidan sambil buat suara mengada-ngada.
“Baru tinggal sekejap dah rindu bagai. Ingat cerita Hindustan ke?” Daneen bercekak pinggang.
“Kita kan pasangan dilwale. Sayang kajol, abang Shah Rukh Khan.”
“Malas Daneen nak layan abang!”
“Sayang, abang harap sayang lalui dengan baik. Sayang kena kuat dan kental!” Aidan memancing Daneen. Tahu mesti Daneen nak tamatkan panggilan.
“Daneen harap macam tu la abang.”
Daneen tak tutup. Pancingan berjaya!
“Abang kalau boleh nak kedukaan sayang jadi milik abang dan kebahagiaan abang jadi milik sayang. Abang tak sanggup nak tengok orang yang abang cinta sedih,” lirih suara Aidan menutur kata.
“Daneen tak sedih pun, Daneen cuma terkilan sebab abang tu ha masa macam ni la nak ada hal kat restoran!”
“Tak boleh nak buat apa la sayang, diaorang tak boleh handle. Abang ingat nak tutup je harini tapi dah sayang cakap tak perlu, jadi tak apalah abang teruskan jelah.”
“A'ah sorry abang, Daneen lupa pulak Daneen yang suruh abang kerja. Tak apa, abang suami jadi itu tanggungjawab abang. Daneen tak nak jadi penghalang. Abang berhak kerana salah satu tugas 'suami' sebagai ketua keluarga.”
“Sayang tengah buat apa?”
“Tengah fikir berapa anak-anak kita nanti.”
Aidan gelak tak percaya. Biar betul Daneen ni?
YOU ARE READING
Isteri Teristimewa
RomancePerpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...