Selepas membaca atau sedang membaca:
1) Awak, awak yang tengah baca ni lah. Awak mesti beri undian, iaitu bintang ⭐. Bintang kat bawah tu ⭐. Jangan lupa follow DiyaDizyaa tau!2) Komenlah banyak2. 😆
3) Kalau-kalau awak ternampak kesalahan tolong tag (komen) eh😝(Dalam bab ni pun ada permainan tau! Hope enjoy!)
DARI satu rak ke satu rak digeledahnya. Puas dia mencari buku bertajuk. Pening kepala memikirkan di mana buku itu berada, hampir setiap pelusuk dicari tapi masih belum dijumpai.
"Tak ada chance la aku nak jumpa kalau macam ni!"
"Apa yang Encik Aidan cari? Beritahu saya apa yang Encik Aidan cari, saya boleh bantu." Aida menawar diri.
Aidan bingkas berdiri. Wajah Aida selaku pekerjanya itu ditenung sekejap memastikan sama ada boleh dipercayai atau tidak.
"Kenapa Encik Aidan? Ada masalah ke?" soal Aida laju. Hairan bila majikannya merenung bagai nak tembus.
"Sebenarnya ini rahsia."
"Rahsia? Rahsia apa? Encik Aidan ada buat perkara menyalahi undang-undang ke?" sela Aida.
"Jauh sangat awak menyimpang. Sebenarnya saya... Alah awak tahu kan perempuan yang selalu datang sini tu, dia selalu beli buku dan setiap kali dia datang saya pasti akan tercongok dekat kaunter."
"Ouh Cik Aisyah tu, oh ye ye. Kenapa ya?"
"Dia nak buku language cina. Jadi merata la saya cari, tapi tak jumpa-jumpa," terang Aidan seraya menyerahkan kertas kecil tertera tajuk buku yang dicari.
"Kenapa tak beritahu awal-awal? Saya baru je lepas letak stok buku ni dekat rak."
"Alhamdulillah, terima kasih. Mujur ada awak, saya memang perlukan sangat dapatkan buku."
"Nak guna cara ni untuk memikatlah tu. Alahai Encik Aidan, Encik Aidan." Aida menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Mestilah, memang dah tak ada cara lain lagi dah. Itu je cara saya nak ngorat Daneen tu, saya memang dah lama suka kat dia. Walaupun dia jiran saya, saya tak tahulah. Saya malu nak bertegur sapa."
"Nama Cik tu bukan ke Aisyah?"
"Yela Aisyah la.”
"Kenapa saya dengar Encik Aidan sebut Daneen?"
"Daneen?" Aidan terus berdiri tegak. Dia mengelamun apa sehingga menyebut nama itu?
"Awak kut salah dengar. Err... cepat sikit boleh? Saya takut dia dah habis lunch." Laju Aidan menukar topik.
Dia dah gila rasanya. Macam mana boleh sebut nama Daneen tu?
YOU ARE READING
Isteri Teristimewa
RomancePerpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...