DLM : 16

5.7K 477 136
                                    

Selepas membaca atau sedang membaca: 1) Awak, awak yang tengah baca ni lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas membaca atau sedang membaca:
1) Awak, awak yang tengah baca ni lah. Awak mesti beri undian, iaitu bintang ⭐. Bintang kat bawah tu ⭐. Jangan lupa follow DiyaDizyaa tau!

2) Komenlah banyak2. 😆

3) Kalau-kalau awak ternampak kesalahan tolong tag (komen) eh😝

DANEEN memeluk erat Daneen 2.0. Hampir 8 jam, hari juga sudah menjengah senja. Namun Aidan tetap belum pulang lagi. Entah ke mana dia pergi bersama Aisyah.

Daneen mengeluh. Kenapa dia terasa ingin putus asa? Mana dirinya yang dulu? Tetap teguh mempertahankan. Ke mana perginya semangatnya yang tegar berjuang demi kebahagiaan diri?

Kusut. Ayah ni, selalu buat dia buntu dan sakit hati. Semalam luah sayang, luah cinta dan sekarang tiba-tiba menghilang bersama Aisyah. Tahulah dia salah tadi.

Kasihan juga Aisyah, kalau dia jadi Aisyah pun dia terasa. Aduh, mulut ni la laju sangat. Ikut emosi, itulah jadinya.

“Adik stress la Kak Daneen 2.0, stress sangat!” jerit Daneen.

Hanya bunyi Daneen 2.0 mengiau. Selebihnya Daneen 2.0 manja dalam pelukan Daneen.

Daneen tidak senang jadinya. Hatinya sakit menunggu terlalu lama. Apa yang mereka buat bersama sehingga waktu ini? Sakit hati mengenangkan dirinya yang tidak sempurna ini. Aisyah seorang gadis berjaya menarik perhatian dengan wajah yang cantik, sudah tentu-tentunya arif dalam bidang mengaburi pandangan. Tambahan pula, mengaburi cinta sekiranya seseorang lelaki itu mencintai gadis lain.

Dia pula? Jika nak dibandingkan dengan Aisyah? Sekadar gadis gila dan gedik nak perhatian. Dia terlalu gedik ke? Takkan nak berubah jadi seperti Aisyah? Tak, tak! Jadi diri sendiri lebih baik daripada jadi diri orang lain.

“Macam mana kalau ayah terpikat dengan dia? Mesti! Kalau tidak kenapa laju je tadi sambut Aisyah tu. Kononnya panas terik,” omel Daneen. Dia mula membuat andaian sendiri.

Mana tidak, Aidan asyik tersenyum sampailah Aisyah meminta keluar bersama kerana ada hal hendak dibicarakan. Aidan pula bersetuju. Memang menyakitkan hati! Hari-hari macam ni, tiada hati dah dia.

Aku serabut!

“Kau buat apa dalam bilik baby aku? Baby daddy! Daneen! Lepaskan baby aku!”

Baby? Siapa baby?” Daneen terperanjat besar. Terkejut benar dengan sergahan Aidan yang mengejutkan secara tiba-tiba.

Daneen 2.0 yang mengerang dalam pelukan menyedarkan Daneen bahawa 'baby' yang dimaksudkan oleh si ayah adalah kucing yang digendongnya itu. Si Daneen 2.0.

“Nama dia Daneen 2.0 la! Kenapa baby? Eee tak sesuai!”

“Daneen 2.0? Teruknya! Baby aku tak sesuai dengan nama kaulah! Dia binatang bukan manusia.” Aidan membantah keras.

Isteri TeristimewaWhere stories live. Discover now