DLM : 24

6.2K 412 48
                                        

Cakap takmau update arini, last update gak😂maaflah na kalau tak best😂

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Cakap takmau update arini, last update gak😂maaflah na kalau tak best😂

“SAYANG, I'm sorry. Abang tak nak pun gaduh tapi apa yang Angah buat kat sayang salah,” jelas Aidan berkali-kali. Dia bukan berniat mahu bertengkar dengan adiknya tapi setelah mendengar cerita sebenar daripada Daneen membuatkan dia panas hati. Adiknya tidak berhak menyentuh asal usul isterinya. Apatah lagi menghina.

“Daneen tak nak cakap dengan ayah,” respon Daneen kemudian melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta.

Dia kecewa Aidan mungkir janji dan buat tak endah dengan larangannya. Perjanjian diantara dia dan Aidan, Aidan tidak mencetuskan sebarang pergaduhan sekiranya dia cerita hal sebenar. Tapi Aidan mungkir janji, ikut sangat amarah.

“Ayah?” ulang Aidan. Alamak! Mesti Daneen merajuk sehingga mengubah panggilan.

“Fokus bawak kereta tu boleh tak? Nak mati ke? Tak sabar nak jadi duda?” herdik Daneen apabila melihat Aidan tak fokus memandu. Asyik pandang dia ja. Menyakitkan hati sungguh!

“Ya Allah, apa sayang cakap ni? Kita baru dua hari nikah, malam pertama pun belum rasmi lagi!” Tinggi suara Aidan.

Terhinjut bahu Daneen mendengar suara Aidan yang melonjak tinggi secara tiba-tiba. Senangnya tinggi suara!

“Baguslah tak payah tunggu lama-lama nak dapat title duda, ni melonjak terus duda, duda terlajak laris abang nanti!” Daneen menambah lagi. Ha lega! Ingat dia sorang boleh jerit, Daneen pun boleh jerit la!

Aidan terus menghentikan kereta di tepi jalan. Sempat dia tahan tubuh Daneen sebelum berhenti mengejut.

Daneen terus melontar pandangan maut. Aidan buat tak tahu. Dia nak keluar dan nak bercakap dengan Daneen secara berdepan.

Aidan menanggalkan tali pinggang lalu keluar dari kereta. Dia pusing depan kereta untuk ke bahagian Daneen.

“Abang ni dah...”

Tersentak Daneen. Niatnya meneruskan terbatal tatkala Aidan buka pintu lantas memeluknya.

“Jangan cakap macam tadi, abang tak nak hilang sayang. Abang tak nak jadi duda. Abang nak hidup dengan sayang sampai abang mati. Tolong jangan seksa hati abang dengan cara ni,” tutur Aidan seraya mengeratkan lagi pelukan. Tubuh Daneen dipeluk seakan tidak mahu lepas.

“Lemaslah!” Daneen bergelut.

“Salahkan perasaan ni, salahkan hati ni. Hati ni yang cinta, hati ni yang sayang. Abang cinta sangat-sangat kat sayang, janganlah merajuk sampai macam ni.” Aidan berbicara lagi. Kali ini suaranya perlahan dan sayu.

“Ayah mungkir janji ayah, ayah cetuskan jugak pergaduhan walhal ayah janji dengan Daneen takkan gaduh. Sekarang ni ayah dan Angah bergaduh, bukan gaduh kecil tau, gaduh besar!

Daneen puncanya. Luka ni, bekas kena cengkam ni biarpun masih terasa sakit tapi tetap tak boleh dibandingkan dengan lukanya hati ni gara-gara Daneen punca ayah dan Angah bergaduh.  Sentuh fasal asal usul dan Angah hina Daneen cuma perkara biasa. Daneen dah terbiasa daripada kecil,” luah Daneen bersama linangan air mata duka lara.

Isteri TeristimewaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang