Prolog

71.6K 2.3K 182
                                    

TERKEBIL - kebil si gadis memandang tingkah laku aneh seorang Fahim yang sedang menyusun bantal peluk dan bantal - bantal persis tembok perang.

Mesti pelik kan? Orang kalau yang baru berkahwin pasti tergedik - gedik mahu memeluk pasangan masing - masing. Namun tidak pada seorang Fahim.

Alfia pandang wajah Fahim.

Pipi suaminya itu memerah. Nampak sangat yang suaminya itu sedang menahan malu.

"Tempat kau kat sana. Tempat aku kat sini. Jangan cecah tempat aku!" Larang Fahim tegas.

Alfia tersenyum kecil.

Haru sungguhlah kawan abang dia ni. Padanlah abangnya merayu sangat supaya dia kahwin dengan Fahim. Rupa - rupanya, ini punca dia.

"Faham tak?" Soal Fahim tegas.

Acah - acah garang kononnya. Padahal tak garang pun sebenarnya.

Alfia tersenyum manis.

Seraut wajah Fahim ditatapnya penuh minat sehinggakan lelaki itu terundur ke belakang. Nyaris nak jatuh katil!

"Kau nak tahu tak? Aku ni sebenarnya tidur buas. Kadang - kadang tu... aku akan terrrrobohkan tempat orang. Adakalanya tu... aku akan terrrmasuk tempat orang. Macam ni". Bersahaja Alfia menolak semua bantal peluk dan bantal yang disusun Fahim tadi jatuh dari katil.

Fahim ketap bibir.

"Sekarang, tak ada pun halangan antara kita". Tokok Alfia lagi sambil tayang senyuman menggoda.

Fahim telan liur.

Dadanya rasa debaran laju. Hormon melonjak naik namun ditahannya juga. Gila ke apa nak main terkam. Dia bukan gelojoh!

"Kau nak malu apa? Kitakan dah halal? Kau boleh sentuh mana - mana aje yang kau nak". Lembut Alfia menarik tangan Fahim dan tangan itu diletakkan pada mahkota miliknya. Nak tergelak dia bila Fahim cepat - cepat tarik tangan.

Kalut lelaki itu mengundur sehinggakan Fahim jatuh dari katil.

Mukanya merah padam.

"Aku nak tidur bilik Rash!" Putusnya.

"Jangan nak merepek, encik abang. Kau tu suami aku. Tidur aje kat sebelah aku. Bukannya aku nak rogol kau pun!" Tegas Alfia. Tangan kanan Fahim di tariknya sehinggakan lelaki itu jatuh menindih tubuhnya.

Habis merah padam seraut wajah Fahim.

Dia rasa nak pengsan!

"Kenapa kau malu sangat, Fahim? Aku isteri kau. Tak ada apa untuk dimalukan". Ujar Alfia lembut.

Dia tayang senyuman menggoda pada Fahim.

Berkali - kali Fahim telan liur.

Perangai menggoda Alfia buat Fahim rasa nak aje dia bawa diri keluar dari biliknya.

Memang haru sungguhlah.

"Tell me, Fahim. Aku tak menggoda ke? Baju aku pakai ni tak dapat nak gugat nafsu kau?" Soalan Alfia buatkan Fahim bingkas bangun. Seraut wajahnya terasa berbahang.

Sesak nafas!

"Alfia..."

"Yes, honey?" Soal Alfia sambil tayang senyuman manis.

"Aku akan tidur sini. Tapi tolong jarakkan diri kau dengan aku. Aku tak selesa". Bicara Fahim buatkan senyuman manis Alfia mati.

Cis.

Tak romantis langsung Fahim ni.

Alfia bangun lalu dia berikan ruang buat si suami. Teragak - agak Fahim mahu baring tatkala melihat pandangan Alfia yang langsung tak lepas memandangnya persis dia seorang pesalah.

"Aku akan goda kau. Aku akan pastikan kau lupa yang kau tu pemalu". Ujar Alfia penuh yakin.

Fahim tersenyum nipis.

Dia pusing pandang Alfia.

"Aku akan tunggu". Balasnya bersahaja. Kemudiannya, lampu bilik di tutup.

Alfia ketap bibir.

Fahim tak percayakan dirinya? Hey, ini Alfia Nasuha okey! Pantang dicabar.

Tengoklah nanti.

Bila dia keluarkan jurus - jurus menggoda dia... Fahim pasti akan angaukan dia seorang aje!

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now