Bab 12

42.1K 2K 340
                                    

MERAJUK! 

Hari  ini  dia  nak  merajuk  dengan  Fahim.  Sampai  hati  Fahim  tolak  dia  ke  tepi  dan  pentingkan  Farhah  berbanding  dia. 

Dia  isteri  Fahim!

Sepatutnya  Fahim  kena  utamakan  dia!

Alfia  buka  tudung  lalu  dia  sangkutkan  pada  belakang  pintu  bilik  dia   dan  Fahim.

Alfia  pandang  tangan  dia  yang  digenggam  Farhah.

Waktu  dia  bersalaman  dengan  perempuan  itu,  dia  dapat  rasakan  yang  Farhah  menggenggam  kuat  tangannya.  Farhah  seolah  -  olah  bencikan  dia.  Tak  suka  kehadiran  dia.

Tak  guna!

Dia  takkan  biarkan  Farhah  rampas  Fahim.  Fahim  suaminya.  Fahim  milik  dia  seorang!

Alfia  buka  pakaian  yang  tersarung  pada  tubuhnya  lalu  tuala  dililit  pada  badannya.

"Ff-Fia".  Dedaun  pintu  bilik  mereka  dikuak  dari  luar.

Telan  liur  Fahim  tatkala  melihat  tubuh  genit  Alfia  yang  hanya  seksi  bertuala.  Fahim  kalut  alihkan  pandangan.

Alfia  mencebik.

Benci!

Fahim,  bila  dengan  dia...  jadi  malu  teruk.  Bila  dengan  Farhah  tu  siap  berabang  -  abang  pun  tak  apa!

Alfia  tak  hiraukan  Fahim.  Dia  terus  buka  langkah  menuju  ke  bilik  airnya.

Bum!

Pintu  bilik  air  dihempas  kasar.

Fahim  telan  liur.

Habislah.  Alfia  marah  betul  dengan  dia.

Fahim  melangkah  masuk  ke  dalam  bilik  mereka.  Dedaun  pintu  ditutupnya  perlahan.

Baju  -  baju  Alfia  yang  ditinggalkan  dikutipnya  lalu  dibawa  masuk  ke  dalam  raga  yang  tersedia  bersebelahan  pintu  bilik.

Pipinya  membahang  malu.

Alfia  isteri  kesayangannya. 

Alfia  isteri  yang  ada  di  dalam  jiwa  lelakinya.

Fahim  kemam  bibir.

Alfia  melangkah  keluar  dari  bilik  air. 

Rambut  basah  itu  betul  -  betul  buatkan  Fahim  telan  liur  sendiri.  Seksi  yang  amat!

Tap-tapi  wajah  isterinya  itu  masam.

Alfia  betul  -  betul  merajuk  dengan  dia.

"Ff-Fia.  Ma-malam  ni  F-fia  pakai  baju  oversize  tu  boleh  tak?"  Pinta  Fahim  perlahan.  Pipinya  membahang  malu.

Tak  tahulah  kenapa  mulutnya  gatal  sangat  meminta  sebegitu.  Tapi,  dia  teringin  sangat  mahu  melihat  Alfia  pakai  baju  oversize.

"Tak  nak".

"Tap-tapi,  ab-abang  teringin.  Ab-abang  teringin  nak  teng-tengok  Fia  pak-pakai  baju  oversize".

"Tak  nak". 

Fahim  hela  nafas.

"Abang  minta  maaf".  Ucap  Fahim  perlahan.

"Fia  tak  nak  maafkan  abang.  Fia  merajuk  dengan  abang".  Alfia  tak  hiraukan  Fahim  yang  berdiri  bersebelahannya.

Fahim  ketap  bibir.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now