RAMBUT Fahim dibelainya lembut. Alfia tersenyum nipis tatkala Fahim terlena disebelahnya sambil tangan suaminya itu memeluk erat pinggangnya. Hidung dan bibir Fahim bersentuhan dengan perutnya.
Penatlah tu seharian asyik berkepit dengan dia semata - mata mahu bercakap dengan anak dalam perutnya.
Alahai Fahim...
Ting!
Perhatian Alfia teralih pada telefon bimbit milik Fahim yang berada berdekatan dengannya. Terus sahaja dicapainya tanpa ragu - ragu.
Aplikasi whatsapp dibukanya.
Assalamualaikum, Abang Fahim. Abang Fahim sibuk ke? Farhah nak ajak Abang Fahim temankan Farhah pergi beli barang dapur. Lagipun Farhah rindu Abang Fahim. Hehe. - Dik Farhah
Alfia ketap bibir.
Apa lagi perempuan ni nak? Dah ada suami pergilah ajak suami sendiri beli barang dapur! Ingat Fahim ni hamba ke?!
Laju tangannya menekan papan kekunci.
Waalaikumusalam. Aku ingatkan kutu dari neraka tak pandai bagi salam. Rupa - rupanya kau pandai. Kau asyik kacau suami aku ni kenapa? Tak ada kerja lain ke? Suami kau cari perempuan lain eh? Maklumlah, bini ada pun sibuk nak sondol suami aku - You
Butang send terus ditekan.
Alfia tersenyum puas tatkala melihat dua tick sebagai tanda mesejnya telah dihantar.
Apa masalah kau ni? Aku nak mesej dengan Abang Fahim. Bukannya dengan kau! Mana Abang Fahim aku?! - Dik Farhah
"Abang Fahim kau? Kepala lutut kau lah. Dia suami aku!" Alfia ketap bibir.
Geramnya!
Tatkala melihat Fahim yang sedang tertidur, bibir nipisnya terus mengukir senyuman senget.
Dia ada idea!
Kamera dihalakan pada Fahim dan...
Klik!
Alfia sengih melihat Fahim yang tampak polos tidur sambil memeluk pinggangnya. Bibir dan hidung suaminya itu bersentuhan rapat dengan perutnya.
Alfia yakin sangat bahawa Farhah akan rentung terbakar selepas melihat gambar ini.
Butang send di tekannya.
Alfia tersengih.
Mesej dia dan Farhah dipadam lalu dia letakkan semula telefon bimbit Fahim di tempat asalnya.
Puas hati.
Fahim dia punya. Hanya dia. Titik, fullstop dan noktah!
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...