Bab 2

33.8K 1.7K 100
                                    

"HAUS karpet tu nanti, Firash Amril". Tegur Humaira tatkala melihat anak lelakinya yang sudah serupa cacing kepanasan. Tak senang duduk langsung.

Ilham hanya tersenyum nipis memerhati anak lelakinya. Dah biasa dengan perangai Rash yang overdose risau kalau melibatkan orang yang dia sayang.

"Umi, Fia tak balik lagi. Dah malam ni. Rash tak nampak langsung batang hidung dia". Rungut Rash.

"Nanti dia baliklah tu", Balas Humaira perlahan.

Pening kepala dia mahu melayan perangai anak lelakinya ini. Harap aje dah jadi ayah orang. Perangai tetap juga serupa budak kecil!

"Umi, Rash tak boleh tunggu lama - lama". Ujar Rash lagi.

Humaira pegang dahi.

Dia pandang Ilham yang sudah tersengih kecil.

Perangai sama naik aje dengan si suaminya yang ada di sebelah. Aduhai!

Bunyi hon kereta buatkan Rash bingkas meluru ke pintu utama. Tak ada pamitan langsung.

"Tengok anak awak tu", Humaira ketap bibir pandang perangai Rash. Nasib baik aje anak lelakinya itu bawa cucu kesayangannya datang. Kalau tidak, memang dia piat - piat telinga!

"Anak saya, anak awak juga", Balas Ilham mudah.

Dia sengih tengok isterinya yang dah bertukar rona. Tahu sangat nak meletup. Nanti dia pujuk balik, sejuklah tu.

Sementara itu...

"Bye, Fia". Izzat sentuh lembut tangan Alfia. Kalut Alfia tarik semula tangannya.

"Izzat, tak boleh pegang. Kita belum halal". Tegur Alfia.

Nampak dek abang sulungnya, pasti mengamuk sakan. Tak sah kalau Izzat balik ke rumah tanpa lebam di bibir.

Izzat cebik bibir.

"Halal, haram. Awak tak ada benda lain ke nak sebut? Saya bosanlah. Sikit - sikit tak boleh nak sentuh. Saya pegang tangan je. Bukan minta lebih - lebih". Tukas Izzat tak puas hati.

Alfia hela nafas.

"Saya minta maaf", Malas mahu berbalah. Kerjanya memang asyik minta maaf.

Dia betul ataupun salah, bila dengan Izzat dia akan jadi orang yang bersalah.

"Pergilah masuk rumah". Tak pandang Alfia. Kunci kereta dibuka.

Alfia senyum hambar.

Dia terus meloloskan diri dari kereta.

Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, Izzat terus memandu pergi begitu sahaja. Biadab.

"Baru nampak batang hidung. Bertuah punya anak dara". Suara garau Rash buatkan wajah Alfia bertukar pucat.

Dia senyum tawar.

"Fia minta maaf, along".

"Fia, berapa kali along nak kena pesan dengan Fia? Jauh dengan budak tu. Budak tu tak baik, Fia. Nanti dia buat bukan - bukan pada Fia macam mana?" Soal Rash lagi.

"Dia teman lelaki Fia. Fia minta maaf", Pipi Rash dicium lalu Alfia berlalu masuk ke dalam rumah.

Rash kepal penumbuk.

Tak suka betul dia dengan perangai Izzat. Kurang ajar!








TAJAM mata Rash mencerlung Izzat yang duduk melepak di bawah pokok seorang diri. Pasti lelaki itu sedang menunggu kehadiran Alfia. Heh. Dia awal lagi dah sekat Alfia dari keluar bilik. Padan muka!

"Abang tengok siapa tu?" Soal Ayeen lembut.

"Tengok adik ipar atas awan. Bila abang tengok budak tu, abang rasa nak pijak - pijak budak tu. Muka dia tu menyakitkan hati abang". Rengus Rash geram. Tengok Izzat makin berbakul - bakul rasa amarahnya.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now