"Akak jangan pukul Ammar!" Rayu Ammar bersama tangisan. Tubuh kecilnya sakit dipukul dengan tali pinggang milik ayah angkatnya.
"Siapa kakak kau? Kau cuma anak pungut! Budak gila macam kau mana layak ada keluarga!" Sinis bicara kakak angkatnya buatkan tangisan Ammar bertambah kuat.
Libasan demi libasan mengena dirinya.
"Padan muka kau, budak gila!"
---
"Mak, Ammar lapar". Bergetar suaranya tatkala menyeru si ibu angkatnya yang sedang masak di dapur.
Tiga hari dia tak diberi makan kerana dia dituduh memecahkan pasu. Walhal dia tak bersalah langsung.
"Lapar? Kau pergilah makan bangkai kat luar",
"Ammar lapar". Ammar menangis.
"Kau ni kerja menangis aje! Mari sini kau!" Rambut Ammar ditarik kasar. Lauk yang masih panas disumbatnya masuk ke dalam mulut Ammar.
"Mak panas mak".
"Kau lapar sangat kan? Makan!" Kepala Ammar ditekan pada lantai dan dipijak kuat.
Ammar menangis lagi.
---
"Ayah... m-mak dan kakak pukul Ammar. Sakit ayah", Perlahan - lahan kaki kecilnya melangkah ke arah ayah angkatnya yang sedang merokok ditengah ruang.
"Dah kau tu degil. Kalau kau budak baik tak adanya orang nak pukul kau". Bersahaja jawapan ayah angkatnya.
Ammar menahan tangis.
"A-Ammar tak gila".
"Kau tu memang gila! Kalau tidak, mak bapak kau tak tinggalkan kau!" Tengking ayah angkatnya.
"Ammar tak gila".
"Kau tu tak waras. Patutlah mak bapak kau tinggalkan kau. Mereka tahu kut mereka akan merana kalau ada anak macam kau. Keluarga aku pula bodoh sebab bela kau. Budak gila!" Kepala Ammar ditunjal kasar.
"A-AMMAR", Menitis air mata Farhah tatkala mendengar cerita Ammar.
Dia memang tak tahu Ammar membesar dalam keadaan terseksa.
"Sebab tu Ammar tak suka bila tengok bekas isteri Ammar pukul anak - anak Ammar. Buatkan Ammar takut",
Farhah tarik Ammar ke dalam pelukannya.
Wajah Ammar diusapnya lembut.
"Am-Ammar tak gila. Farhah percayakan? A-Ammar tak gila". Ammar menggeleng berkali - kali. Wajah Farhah dipandangnya sayu.
"Tak. Ammar tak gila. Farhah percaya". Pujuk Farhah lembut.
"Farhah jangan tinggalkan Ammar. Ammar takut. Jangan pergi mana - mana", Pesan Ammar lagi. Tubuh Farhah dipeluknya.
Farhah usap lembut rambut Ammar.
"Lepas Ammar hadap semua tu, Ammar berusaha sampai Ammar berjaya sekarang. Ammar tak nak Mia dan Maya susah macam apa yang Ammar rasa. Ammar nak bagi kesenangan pada orang yang Ammar sayang. Ammar nak bahagiakan Farhah", Cerita Ammar teruja.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...