Bab 4

31.6K 1.9K 240
                                    

FAHIM  labuhkan  duduk  di  atas  kerusi  pejabatnya.  Dia  menghela  nafas  perlahan. 

Alfia.  Alfia  Nasuha.

Seminggu  bertunang  dan  gadis  itu  akan  menjadi  isterinya  yang  sah.  Memang  haru  sungguh.  Macam  mana  dia  nak  hidup  dengan  perempuan  yang  akan  tidur  sebilik  dan  sekatil  dengannya?

Pap!

"Tahniah!  Bertunang  dah  kau".  Ucap  Faizal  ceria.

Dia  pandang  Fahim  bersama  sengihan.  Tak  sangka  sungguh  dia.  Baru  je  dengar  Fahim  mengadu  ibu  dan  baba  lelaki  itu  mahu  dia  berkahwin.  Tup...  tup...  bertunang.  Lagi  seminggu  hendak  berkahwin.

Memang  diam  -  diam  ubi  berisi  sungguh,  si  Fahim  ni.

"Boleh  aku  tengok  gambar  tunang  kau?"  Soal  Faizal  sambil  pandang  wajah  gusar  Fahim.  Tak  ada  langsung  seri  pengantin.

"Aku  tak  ada  simpan  gambar". 

"Kau  ni  biar  betul,  Fahim?  Takkan  nak  simpan  gambar  dia  pun  kau  malu?"  Soal  Faizal  hairan.

Kronik  sudah  tahap  pemalu  Fahim  ni.

"Kau  jumpa  tak  tunang  kau?"  Soal  Faizal  lagi  walaupun  dia  tahu  jawapannya  akan  pasti  tidak.  Tapi  tak  salahkan  kalau  mahu  bertanya?

"Aku  tak  pergi  tengok  pun.  Malu". 

Faizal  hela  nafas.

Dah  agak.

"Kau  ni,  kalau  lepas  kahwin  pun  pemalu...  macam  mana  nak  dapat  anak?"  Soal  Faizal  hairan.

Susah  betul  kalau  jadi  seorang  Fahim.

Dua  puluh  empat  jam  malu.  Apa  yang  dia  tak  malu  tak  tahulah.

Fahim  raup  kasar  wajahnya.

"Halo",  Dengar  suara  lembut  itu  buatkan  Fahim  dan  Faizal  saling  berpandangan.

"Kau  pergi  lah  jumpa  pelanggan".  Halau  Fahim.  Cemas!

"Tak  ada.  Hari  ni  kau  pula.  Asyik  aku  je  kena  layan  pelanggan  perempuan.  Kau  ambil  yang  lelaki.  Hari  ni  kau  pula  pergi".  Tukas  Faizal.

"Boleh  lah".

"Pergi,  Iqbal  Fahim". 

Fahim  merengus  geram.  Dengan  malas  dia  bangun  lalu  dia  melangkah  keluar  dari  pejabatnya.

Wajah  Fahim  terus  bertukar  rona  tatkala  melihat  seorang  gadis  yang  manis  bertudung  berdiri  di  hadapannya.

"Iqbal  Fahim?"  Soal  Alfia  bersama  senyuman  manis.

"Fa...  gi..."  Gagap  Fahim  dibuatnya.  Dia  makin  mengundurkan  langkah  tatkala  gadis  manis  itu  menapak  mendekatinya.

"Nama  aku,  Alfia  Nasuha.  Panggil  Fia.  Kau  Fahim  kan?  Tunang  aku".  Sapa  Alfia  bersama  senyuman  ceria.

Oh  my  Allah.

Deru  nafas  Fahim  menjadi  laju  tatkala  Alfia  menapak  ke  arahnya.

"Ber...  berhenti!"  Halang  Fahim.

"Apa?"

"Ka...  kalau  tak  ada  haiwan  nak  kena  rawat,  mohon  ba..  balik!"  Halau  Fahim.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now