Epilog

34.3K 1.4K 69
                                    

ISTANA Topkapi ialah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, Istana Topkapi bermula pada tahun 1465 sehingga 1856

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ISTANA Topkapi ialah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, Istana Topkapi bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.

"Menarik!" Alfia senyum puas hati melihat Istana Topkapi di hadapan mata untuk kali pertama.

Fahim senyum.

Bahu Alfia diusapnya lembut.

"Kau nak tahu sesuatu?" Tiba - tiba Rian mencelah. Tangan kekarnya memeluk erat pinggang ramping Aileen.

"Kau ni, terkejut aku". Fahim urut dada.

Alfia gelak.

"Aku tengok kau fokus sangat pandang struktur muzium ni", Ujar Rian bersama sengihan.

"Menarik",

"Istana ni dibina pada pertengahan tahun kurun ke lima belas. Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk, Istana Topkapi ni ditukar jadi muzium sampai sekarang", Terang Rian.

"Pandainya abang", Aileen sengih teruja.

Rian senyum nipis.

Rambut Aileen diusapnya lembut.

"Sejak bila kau pandai sejarah? Dulu masa sejarah kau asyik nak ambil turn jaga Widya kat sekolah". Ungkit Fahim.

Aileen buat muka.

"Hei! Kisah lama kau tak payahlah ungkit. Time tu Widya crush aku". Rungut Rian.

Fahim juih bibir.

"Tak payahlah gaduh - gaduh. Kita datang sini nak bercuti. Erm, Leen... Widya dan Ayeen mana?" Soal Alfia sambil pandang wajah Aileen.

"Widya dan Ayeen tunggu di hotel. Mereka ajak kita pergi Grand Bazaar", Terang Aileen.

"Banyak tempat dah hari ni kita pergi. Abang larat lagi ke nak pergi?" Soal Alfia lembut.

"Abang okey je. Janji Fia berikan abang hadiah", Balas Fahim mesra.

Alfia sengih.

"Kenapa Rash tak datang?" Soal Rian hairan. Sepasang matanya pandang Aileen.

"Ayeen kata Rash tak minat sejarah. Ayeen pula tak sihat sangat. Orang berbadan dua memang macam tu", Aileen senyum pandang Rian.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now