ALFIA berkali - kali menilik tubuhnya dihadapan cermin. Masih gemuruh untuk mencuba nasib menggoda suaminya. Mungkin Alfia yang dulu sentiasa yakin untuk menggoda Fahim. Tapi bukan dia. Dia seperti seorang perempuan yang hanya tahu menyerah diri pada seorang lelaki yang bergelar suami.
"Kau boleh, Fia". Gumam Alfia sendiri.
Bicara Fahim tadi masih terngiang - ngiang.
"Abang akan berhenti bersedih kalau kita dapat anak. Tapi, agak mustahil sebab abang cuma sukakan Fia yang rajin menggoda".
Lantaran itu, Alfia pilih untuk mencuba nasib menggoda Fahim. Dia tahu Fahim rindukan Alfia yang lama. Tapi dia tak mampu untuk memaksa diri dia untuk mengingati memori yang hilang.
Alfia hela nafas.
Tangannya yang sejuk digenggamnya. Cuba mencari sedikit kekuatan.
Demi buat Fahim tersenyum semula, dia akan lakukan segalanya. Apa - apa sahaja demi seorang Iqbal Fahim.
Alfia terus buka langkah menuju ke arah bilik mereka. Bibir nipisnya menguntum senyuman nipis tatkala melihat Fahim yang sedang termenung sendirian di atas katil.
Meskipun gemuruh, dia tetap juga masuk ke dalam bilik mereka. Daun pintu ditutup rapat.
"Fahim", Seru Alfia lembut.
Sengaja dia guna suara lunak buatkan Fahim alihkan pandangan memandang wajahnya.
"Fia?"
"Awak, berhentilah menangis. Anak kita pun takkan suka bila tengok abi dia macam ini". Ujar Alfia lembut.
Dia duduk di atas ribaan Fahim sebaik sahaja tiba di atas katil. Batang leher Fahim dipeluknya.
Pipi Alfia memerah tatkala melihat sepasang mata suaminya merenung tepat pada wajahnya.
"Apa yang Fia buat ni?"
"Goda awak". Polos jawapan Alfia buatkan Fahim tersenyum nipis.
"Fia nak goda abang?" Tangan kekar Fahim mengusap lembut belakang tubuh Alfia.
Pipi Alfia menghangat.
"Tapi, kenapa Fia yang malu? Sepatutnya kalau Fia goda abang... abang yang patut malu dengan perangai seksi Fia". Bidas Fahim lembut.
Fahim satukan dahi Alfia.
Alfia makin menghangat.
"Fia pakai baju seksi ni untuk abang? Bukan kebiasaan Fia pakai seksi macam ni?" Soal Fahim lagi. Tak lepas matanya merenung sepasang mata pekat itu.
Seductive.
"Saya tak pernah pakai nightgown. Awak lelaki perta-" Alfia kelu tatkala Fahim tautkan bibir mereka.
"Abang tak berniat nak kecilkan hati Fia. Abang cuma terlalu sedih sampaikan abang lupa yang Fia lebih sedih dari abang". Kata Fahim lirih.
"Tak apa".
"Fia paksa diri Fia? Abang tak nak paksa Fia bersama dengan abang". Pesan Fahim.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...