PEREMPUAN, kalau tak membeli sampai dia keletihan, memang tak sah kan? Sudahnya, si suami juga yang kena bawa semua bungkusan yang dah dibeli.
Fahim hela nafas.
Pasrah je lah layan isteri dia. Kahwin dengan perempuan berdarah muda beginilah. Semuanya dia nak beli. Nasib baik hati dia tak ada dijual di mana - mana. Kalau tidak memang si isteri itu bising mahu membeli.
Dalam diam, Fahim simpul senyuman nipis.
Alfia Nasuha yang cantik.
Tak padan dengan kecil. Pandai je nak goda dia. Dia yang lelaki ni pun boleh pengsan tengok Alfia.
"Abang!" Alfia paut lengannya.
"Yes, Fia?" Soalnya lembut. Cuba tahan malu tatkala kulit lembut Alfia bersentuhan dengan kulitnya.
"Jom masuk sana!" Ajak Alfia tarik Fahim agar mengikuti langkahnya.
Longgar rahang Fahim.
Pipinya membahang malu.
Astaghfirullah!
"Fi.. Fia, ak- ab-abang tak nak ikut". Dia tolak lembut tangan Alfia.
Tak nak dia masuk dalam kedai yang hanya jual pakaian dalam wanita. Ya tuhan! Dia bukan pervert!!
Alfia muncung bibir.
Dia pegang kedua - dua tangan Fahim.
"Boleh lah. Please, ikut Fia? Macam mana Fia nak jadi seksi untuk abang malam ni kalau abang tak nak temankan Fia beli baju?" Pinta Alfia sambil tayang senyuman manis.
Fahim telan liur.
Gulp!
"Jom?"
"Tt-tapi".
"Fia cium abang kat sini. Biar kita buat drama luar biasa. Little princess cium prince yang pemalu", Gertak Alfia.
Fahim terus kunci mulut.
Redha je lah.
Dia tekup mata guna tangan kirinya tatkala melihat perempuan - perempuan yang ada di dalam kedai tersebut memandangnya.
Ya Allah, dia malu!
"Abang cik ke?" Tegur seorang pekerja di situ.
Dia tersenyum nipis melihat wajah malu - malu Fahim. Comel.
"Abang? Excuse me. Muka saya nampak muda sangat ke?" Soal Alfia geram.
Ini dia tak suka bila keluar berdua dengan Fahim. Mesti akan di anggap seperti abang dan adik. Cis! Kalau lah ada pelekat yang boleh tandakan Fahim ini miliknya seorang, kan lebih mudah!
"Ya, cik".
"For your information, ini suami saya! Kalau dia abang saya, tak ada kerja saya nak ajak dia masuk ke sini. So, please bagi ruang untuk saya dan suami saya". Halau Alfia garang.
"Ma-maafkan saya, puan". Kalut pekerja itu undur diri meninggalkan Fahim dan Alfia.
Alfia cebik bibir.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...