Bab 9

36.4K 2.2K 138
                                    

NAK masuk atau tak?

Nak masuk atau tak?

Sudah lima belas kali dia berkira - kira sendiri untuk melangkah masuk ke dalam bilik tidur Alfia yang kini sudah pun rasmi menjadi bilik tidur dia juga.

"Fahim?" Berkerut dahi Humaira tatkala melihat Fahim yang bagaikan sedang berbual seorang diri di hadapan pintu bilik anaknya.

"U-umi", Bergetar bibir dikala sepasang mata ibu mertuanya memandang lembut ke arahnya.

"Kenapa tak masuk bilik tu lagi? Tunggu Fia ke? Kalau Fahim tunggu Fia, Fia dah masuk dalam bilik. Dia kata dia nak mandi".

Gulp!

Ma-mandi?

Pipi Fahim automatik bertukar rona.

"Ib.. ibu dan baba dah balik ke umi?" Soal Fahim lembut.

Dia tahu ibu dan babanya dah pulang. Tapi saja buat - buat tanya. Dia tak nak sewaktu dia masuk ke dalam bilik Alfia pun baru keluar bilik air. Kalau boleh, biarlah sewaktu dia masuk dalam bilik, Alfia sudah lengkap berpakaian.

"Ya, Fahim. Ibu dan baba kamu dah balik".

Fahim angguk perlahan.

"Dah, pergilah masuk bilik. Pergi mandi dan berehat. Baju - baju kamu tu biar Fia aje yang kemaskan". Bahu Fahim ditepuknya lalu Humaira berlalu meninggalkan Fahim.

Wajah Fahim jadi cuak.

Baju dia!

Seluar dia!

Boxer dia!

Kalau Alfia sentuh semuanya, malulah dia! Mana dia nak letak muka ni?!

Terus pintu bilik Alfia dikuaknya dan ditutup.

Kebetulan-

"Abang?" Suara lembut dan menggoda itu buatkan Fahim telan liur. Rasa nak tercabut jantungnya tatkala melihat Alfia yang hanya berkemban. Rambut basah itu buatkan tangan Fahim yang memegang tombol pintu turut menggeletar.

Subahanallah!

"Abang? Abang okey tak ni?" Soal Alfia lembut.

"Fi-Fia", Gagap suara Fahim tatkala melihat Alfia datang mendekatinya. Terus dia tekup mukanya lalu palingkan tubuh dari terus menghadap Alfia.

"Fahim?"

"Pa-pakai baju". Meskipun perlahan, masih lagi boleh didengari Alfia.

Perlahan - lahan bibir itu menguntum senyuman nakal.

Abang Fahim malu la...

Langkah dibuka lalu Alfia menapak mendekati Fahim. Bahu suaminya disentuh lembut dan kemudiannya tapak tangan yang menekup muka itu dialihkan.

Makin merah wajah Fahim.

"Ff-Fia!!"

"Apa? Kau kucing, aku ikan. Rugilah, kalau kucing tak mahu makan ikan. Tak lapar ke tengok aku?"

"Jj-jan-jangan!" Pipi makin merona.

Terundur langkah Fahim tatkala Alfia semakin nakal menyakatnya.

"Abang ni..."

Dup!

Dada berombak laju. Jantung berdegup kencang.

Alfia panggil dia abang lagi..

"Abang, aku tak cukup seksi ke?" Soal Alfia sambil ukir senyuman menggoda pada Fahim. Rambut basahnya dipintal - pintal.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now