RUMAH agam yang berdiri megah tak jauh darinya buatkan Farhah melajukan langkah lagi. Dia kuatkan diri meskipun memang terasa lelah.
Tubuh Farhah dipeluk.
"Lepas!" Farhah menjerit kuat tatkala nafas hangat Zaid menyapa batang lehernya. Tangan lelaki itu juga menyeluk bajunya buatkan Farhah meronta.
"F-Farhah?" Suara garau itu buatkan Farhah menolak kasar tubuh Zaid dan terus berlari ke arah Ammar.
"Ammar, Farhah takut. Zaid nak rogol Farhah". Adu Farhah bersama esakkan.
Keliru pandangan Ammar melihat Farhah dan wajah polos Zaid yang seolah - olah tak mengetahui apa - apa.
"T-tak mungkin. Zaid buta. Apa yang Farhah merepek ni? Satu lagi kenapa Farhah lari dari rumah? Sampai hati Farhah tipu Ammar".
Farhah menggeleng laju.
"F-Farhah tak lari. Sumpah!"
"Saya cuma cari puan. Tak tahu puan lari dari tuan". Tukas Zaid.
"Mari balik!" Tubuh Farhah dicempungnya kasar.
"Ammar, F-Farhah tak buat!" Farhah menangis kuat tatkala bicaranya diendahkan Ammar.
Sah, Ammar marah dia!
Makin ketakutan dia tatkala Zaid sengih sinis pandang dia. Lelaki itu menjilat bibir persis lelaki gatal. Tak guna!
"AMMAR, berhenti Ammar!" Rayu Farhah. Tak mahu Ammar terus seksa dia begini. Sumpah, dia langsung tak berniat untuk larikan diri dari Ammar. Memang salah dia kerana melanggar larangan Ammar tapi Ammar tak seharusnya buat dia sebegini.
"Ammar..." Farhah menangis lagi.
"Kenapa Farhah seksa hati Ammar macam ini, hmm? Sakit tahu tak bila Farhah buat Ammar macam ni. Farhah nak curang dengan Ammar ya?" Pipi Farhah diusapnya.
Bibirnya mencium lembut seluruh bahu Farhah yang terdedah.
"Farhah, Ammar gilakan Farhah. Tapi Farhah kecewakan Ammar".
"Farhah minta maaf. Ammar, jangan buat Farhah macam ni. Tolong, Farhah merayu sangat". Kalau Ammar marah pada dia sekalipun dia rela jadi hamba untuk uruskan makan minum. Tapi bukannya hamba yang terpaksa melayan nafsu Ammar.
Ammar hukum dia!
"Ammar cintakan Farhah", Dagu Farhah dipagutnya lembut.
Air mata Farhah jatuh.
"Am-Ammar, suami yang cintakan isteri takkan sesekali menyakiti isteri dia. Ammar cintakan Farhah kan? A-Ammar tak boleh sakiti Farhah. Ammar kena lindungi Farhah". Pujuk Farhah lembut.
"Farhah kecewakan Ammar".
Bibir Farhah diragutnya sejurus itu dia kembali menyarungkan pakaian pada tubuhnya.
"Ammar takkan lepaskan Farhah", Tubuh terdedah Farhah dipandangnya dengan penuh minat.
Ammar gelak kecil.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...