"Izzat?"
"Kenapa Raf?" Soal Rian hairan.
"Nama Izzat ni buatkan aku pelik, Rian. Kau kenal tak siapa Izzat ni?" Raf pandang serius seraut wajah Rian.
"Rash kata Izzat tu ex-boyfriend Fi-" Rian diam.
Raf pandang Rizky dan Rizky pun pandang Raf. Masing - masing buntu dengan Rian yang tiba - tiba terdiam.
Rian petik jarinya.
"Bingo! Betul lah Fahim kata. Fia masih belum mati. Kemungkinan besar, Izzat ambil Fia lepas Fahim dan Fia kemalangan".
"Sial! Cerdik gila!" Raf tayang muka teruja.
Rizky turut mengangguk.
"Apa - apa pun... kita kena berhati - hati dengan Farhah. Terutamanya Fahim. Aku tahu dia komplot dengan Izzat sebab aku kenal siapa dia. Aku dah suruh Haykal follow Izzat. Sekarang ni, kerja kita mudah. Kita kena buat tak tahu apa - apa sampailah Fia jatuh semula dalam tangan Fahim".
Raf dan Rizky mengangguk tatkala mendengar bicara Rian.
Memang silap besar mahu bermain api dengan mereka!
"ABANG!" Selamba sahaja Aileen melompat naik ke atas ribaan Rian. Dia tayang sengihan comel tatkala melihat muka terkejut suaminya.
"Sayang nak apa?" Soal Rian lembut. Pinggang Aileen dipaut rapat pada tubuhnya.
"Saya nak..." Aileen kemam bibir. Jari runcingnya bermain pada dada Rian.
Rian jungkit kening pandang Aileen.
"Anak - anak dah tidur?"
"Dah".
"Ibu?"
"Ibu keluar jumpa kawan - kawan". Bidas Aileen sambil tayang muka polos.
"Sayang nak abang ke? Jomlah. Abang pun tengah free ni". Ujar Rian bersahaja.
"Ab-abang!" Kalut Aileen tahan dada Rian tatkala ingin tolak dia berbaring di atas sofa.
Dia bukan nak 'tu'!
"Apa? Abang dah ready ni".
"Saya bukan nak abang. Saya nak minta izin untuk buli Farhah dengan kawan - kawan saya", Laju Aileen jawab tatkala melihat pandangan Rian yang bertukar nakal.
"Bila masa sayang ada kawan?"
"Isteri kawan - kawan abang tu kira kawan sayalah". Balas Aileen sambil muncung bibir.
Sampai hati Rian kata dia tak ada kawan.
Rian gelak kecil.
"Comelnya. Sayang nak belasah macam mana guna tangan comel ni? Muka comel macam ni nak membuli? So cute, sayang". Rian tekup kedua - dua pipi Aileen.
"Saya pandai buli orang tau!" Geram!
Rian sengih nakal.
"Pandai ke? Abang pun pandai buli sayang". Tubuh Aileen ditolaknya berbaring ke atas katil. Rian kemudiannya naik menindih.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...