Rujuk Mr Mama (Special Chapter Last) terlebih dahulu.
----
Assalamualaikum, abang. Kami dah sampai resort tu. Abang jangan risaukan saya. Saya sayang abang - You.
AYEEN hela nafas sebaik sahaja dia menghantar mesej itu kepada Rash. Entahlah, apabila sampai sahaja ke sini, hatinya jadi kurang senang. Tak seronok walaupun tempat ini memang begitu cantik.
"Muram aje wajah Kak Ayeen. Rindukan along?" Soal Alfia lembut.
Ayeen senyum nipis.
"Kak Ayeen cuma rasa tak selesa. Tempat baru kan? Fia pun kenal Kak Ayeen macam mana". Bidas Ayeen dalam nada lembut.
Alfia peluk pinggang Ayeen.
"Tak apa Kak Ayeen. Fia ada kat sini". Pujuk Alfia.
Tahu sangat kakak iparnya ini mudah takut. Tambahan lagi bila tiada alongnya bersama.
Rash dan Ayeen mana boleh berpisah sepatutnya. Mereka berdua seperti belangkas. Hidup tentu akan saling memerlukan.
Ayeen hanya senyum hambar.
"Ayeen, Fia!" Serentak itu perhatian Ayeen dan Alfia dicuri oleh Aileen yang menyeru mereka berdua.
Pantang sungguh Widya, Aileen dan Dyanah apabila melihat laut. Laju aje mereka pergi bermain air laut.
"Marilah sini!" Gamit Aileen teruja.
"Leen nak tunjuk anak ketam!" Tokok Dyanah pula.
Ketawa Widya terus meletus.
Alfia pandang Ayeen bersama sengihan teruja.
"Jom kita pergi sana?" Pinta Alfia.
Ayeen senyum.
"Fia pergi dulu. Kak Ayeen nak hantar beg ni masuk bilik kita sekejap. Nanti Kak Ayeen datang". Kata Ayeen.
"Tak apa ke?" Soal Alfia risau.
Habis dia kena marah dengan alongnya nanti kalau apa - apa jadi pada kakak iparnya.
"Janganlah risau. Kak Ayeen boleh jaga diri". Balas Ayeen lembut.
Alfia pandang Ayeen.
Ayeen gelak.
"Fia, percaya kan Kak Ayeen. Kalau ada apa - apa Kak Ayeen menjerit panggil Fia. Boleh?" Soal Ayeen lagi.
Alfia hela nafas.
"Okey, Kak Ayeen. Janji turut balik tau. Lebih daripada empat puluh minit, Fia datang cari Kak Ayeen". Pesan Alfia.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...