F A R H A H - 6

19.5K 1K 34
                                    

SELURUH  ruang  rumah  diterokanya  dengan  penuh  minat.  Mata  Farhah  meliar  mencari  pintu  yang  dikatakan  oleh  Ammar. 

Dia  hendak  tahu  apa  yang  Ammar  sembunyikan  daripada  dia  tapi  dalam  masa  yang  sama  dia  takut  juga.

Dua  puluh  tiga  ruang  diteroka  tapi  tak  ada  satu  pun  yang  buatkan  dia  curiga.

Farhah  membelek  buku  -  buku  yang  tersusun  kemas  di  rak  buku.  Namun  dahinya  berkerut  hairan  tatkala  rak  yang  hujung  sekali  hanyalah  kertas  dinding  yang  menyerupai  rak  buku.

Aneh.

Kalut  Farhah  menyentuh  sekeliling  kertas  dinding  rak  buku  itu.  Tatkala  tangannya  menyentuh  sesuatu  yang  sejuk,  dia  terus  memulasnya  perlahan  dan...

Klak!

Pintu  dibuka  dari  luar.

Farhah  terkedu  melihat  sebuah  bilik  yang  gelap  gelita.

Ammar  buat  bilik  rahsia  dalam  perpustakaan? 

Mana  kewarasan  tentang  semua  ini?

Langkah  dibuka  untuk  masuk  ke  dalam  bilik  itu.

"Cuma  satu  ruang  aje  yang  Ammar  haramkan  Farhah  jejak".

Langkah  Farhah  mati.

Tangannya  digenggam.

"Farhah  minta  maaf",  Gumamnya  sendiri.

Sebaik  sahaja  masuk  ke  dalam  bilik  itu,  lampu  dibuka  dan  wajah  Farhah  sendiri  memucat.

"MasyaAllah".

Langkah  Farhah  terundur.

Lemah  lututnya  melihat  apa  yang  terhidang  di  hadapan  mata.

Inikah  punca  Ammar  tak  benarkan  dia  masuk  ke  sini?  Ini  kerja  Ammar  selama  ini?!

Kalut  Farhah  keluar  dari  bilik  itu  dan  pintu  bilik  ditutupnya  rapat.  Dibiarkan  sama  seperti  tadi.

Farhah  bingkas  keluar  dari  perpustakaan  tersebut.

Sumpah,  dia  takut!




JALAN  yang  sunyi  tanpa  penghuni  dilaluinya  penuh  berhati  -  hati.

Perasaannya  sendiri  terumbang  -  ambing  tatkala  memikirkan  apa  yang  telah  dilihatnya  tadi.  Kerana  itu  juga  dia  menyelinap  keluar  dari  rumahnya.

Dia  sayangkan  Ammar.

Cintakan  lelaki  itu?

Entahlah.  Farhah  sendiri  tak  mampu  hendak  mentafsirkan.  Perasaannya  ketika  bersama  -  sama  Fahim  sangat  berbeza  ketika  dengan  Ammar.

Farhah  pejamkan  matanya  rapat  -  rapat.

Tak  sangka  Ammar  buat  begitu.

Mayat  kedua  -  dua  bekas  isteri  lelaki  itu  disimpan  rapi  di  dalam  keranda  kaca.  Namun  keadaan  mereka  langsung  tak  sempurna.  Peralatan  tajam  juga  banyak  di  situ.

Bibir  Farhah  menggeletar.

Allah...

Dia  takut.

Sungguh,  dia  telah  ambil  risiko  untuk  menikahi  seseorang  yang  kehilangan  kewarasan  akal  seperti  Ammar.

Ammar  kahwin  dengannya  kerana  Ammar  cintakan  dia.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now