Bab 25

24.1K 1.4K 87
                                    

"PUAS hati kau sekarang?!" Bentak wanita itu bengang. Tangannya menggenggam kuat telefon bimbitnya.

Lelaki itu ketawa.

"Puas sangat. Memang rancangan aku macam ni. Menjadi kan? Kau jaga abang kau tu elok - elok dan aku buat hal aku". Balas lelaki itu bersama ketawa kecil.

Wanita itu ketap bibir.

"Bagi aku kebebasan". Pinta wanita itu.

Lelaki itu ketawa.

"Tak sabar nak kahwin lain ya? Kau memang sundal", Sinis.

"Diam! Cepatlah!"

"Baik... baik. Nur Farhah binti Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak satu. Puas hati?" Soal lelaki itu dalam nada sarkastik.

Farhah tersenyum sinis.

"Puas hati sangat. Aku doakan perempuan kau tu mati". Balas Farhah bersahaja.

"Si-"

Panggilan terus dimatikan lalu dia simpan telefon bimbitnya ke dalam beg. Sejurus itu, Farhah melangkah masuk ke dalam hospital.

Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat kelibat Puan Marwah yang berura ingin berlalu ke bilik rawatan Fahim.

"Ibu!" Terus Farhah berlari anak mendapatkan wanita tua itu.

"Farhah",

"Ibu, macam mana dengan Abang Fahim? Farhah baru dapat mesej pagi tadi. Farhah terus datang sini". Cerita Farhah bersama wajah sayu.

Puan Marwah memegang lembut tangan Farhah.

"Fahim tak bangun lagi. Ibu risau dengan keadaan dia".

Farhah tahan rasa.

Tak guna.

Izzat dah melampau!

"Boleh Farhah ikut ibu untuk melawat Abang Fahim?" Soal Farhah lembut.

"Boleh. Jom", Tangan Farhah terus ditarik agar mengikuti langkahnya.










"Ab-abang, ada nenek kat depan tu!" Alfia tepuk peha Fahim berkali - kali.

Cemas.

Subahannallah!

Fahim memusing sterengnya gara - gara mahu mengelak dari warga emas itu dan...

Sreettttt!!!

Bum!!

"F-FIA! Fia!"

Terbangun terus Puan Marwah dan Farhah memujuk Fahim agar bertenang.

"Doc!" Jerit Puan Marwah kuat.

"F-Fia! Fia!!!"

"Iqbal, ni ibu". Pujuk Puan Marwah lembut.

"Fia!"

"Puan, cik.. mohon keluar". Santun seorang jururawat mengiring Puan Marwah dan Farhah keluar dari bilik rawatan yang dihuni Fahim.

Farhah peluk Puan Marwah.

"Farhah ada dengan ibu. Ibu kuat", Pujuk Farhah lembut.

"Ibu risaukan Iqbal", Sayu suara Puan Marwah.

"Farhah pun".










"HUSBAND pasti ke Fia dah tak ada? Takkanlah..." Widya menggeleng tak percaya dengan cerita suaminya.

Kesian Fahim.

Raf mengeluh perlahan.

"Husband tak pasti, wifey. Tapi itu juga yang pihak polis simpulkan. Husband sendiri tak tahu nak kata apa..."

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now