"FIA dah sedar". Kosong pandangannya memandang lelaki yang memeluknya.
"Doc kata Fia amnesia. Fia ingat Izzat?" Soal Izzat sambil pandang seraut wajah Alfia. Sudah lama dia tak nampak sepasang mata itu menatapnya dengan penuh harapan.
"Iz-Izzat?"
Izzat angguk.
"Nama saya Fia?" Polos dia bertanya.
Izzat ketawa kecil.
"Ya, nama Fia... Alfia Nasuha. Fia isteri Izzat dan Izzat suami Fia". Terang Izzat.
"Izzat suami Fia?"
Melebar senyuman Izzat tatkala mendengar perkataan suami yang terluncur dibibir Alfia.
Dia suka!
"Macam mana Fia boleh am-amnesia?" Keliru.
"Kita kemalangan lepas kita nikah. Fia tak mahu kahwin dengan pilihan keluarga dan Fia tak sanggup lepaskan Izzat. Jadi, kita nikah dan lepas tu kita kemalangan. Fia amnesia..." Lirih suara Izzat.
Sayu hati Alfia.
"Fia minta maaf. Fia akan cuba ingat ke-".
"Fia tak perlu ingat kenangan kita! Percayalah, kenangan masa lalu Fia buatkan kita terseksa dan hati Fia akan terluka. Biar je benda tu berlalu dan Fia jadi diri Fia yang sekarang. Faham?"
Alfia angguk.
"Nama Fia, Alfia Nasuha?" Polos soalan Alfia.
"Ya, itu nama Fia".
"Fia tak perlu ingat kenangan silam Fia?"
"Tak perlu dan jangan pernah cuba. Izzat paling benci orang yang tak mendengar arahan", Pesan Izzat, keras.
"JAUHNYA Fia termenung". Pandangan Alfia terus beralih pada seorang lelaki yang tampak bersahaja dengan seluar panjang bawah lutut tanpa baju.
"Ha-Haykal".
"Kenapa kerap termenung ni? Bibir Fia merah tu kenapa? Suami Fia tampar ya?"
Alfia sentuh bibirnya.
"Ta-tampar? Mana ada. Fia cuma jatuh bilik air. Lantai licin". Balas Alfia bersama senyuman hambar.
"Fia tak boleh tipu. Haykal nampak mata Fia tu".
"Haykal tak ada kerja ya? Rajin sangat tegur Fia bila Fia keluar sidai kain". Kata Alfia sambil senyum. Sengaja dia tukar topik. Tak nak Haykal terus merisik dia yang bukan - bukan.
Takkanlah dia nak beritahu Haykal yang Izzat pukul dia selama mereka jadi suami isteri?
Dia tak nak orang lain pandang serong pada suaminya walaupun sesiapa termasuk jirannya.
"Haykal memang suka tegur Fia. Lagipun Fia selalu muncul kalau Haykal melepak kat luar rumah". Tukas Haykal.
Alfia diam.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...