RAMBANG mata Nazim tatkala melihat empat orang wanita yang duduk di atas sofa rumah mereka. Tak berkedip dia melihat tambah - tambah yang berada di tengah antara mereka, Aileen.
Haykal debik kepala Nazim.
"Sakitlah dungu!" Marah Nazim seraya menggosok kepalanya. Wajah Haykal dijelingnya.
"Kau nak mampus ke? Dia orang semua dah kahwin". Tegur Haykal.
"Aku bukan syok kat dia orang. Aku cuci mata je". Rungut Nazim.
Haykal juih bibir.
Cuci mata kepala hangguk dia!
Mulut punya luas ternganga. Kalau dia tak tegur tadi, air liur meleleh agaknya. Tak lepas pula tu pandang Aileen. Kalau tahu dek Rian, memang teruk Nazim kena.
Apatah lagi semenjak Nazim berhijrah menjadi lelaki sejati, makin gatal mata lelaki itu mengusya makhluk yang bergelar wanita.
"Kal". Panggil Aileen lembut.
Dia sengih pandang wajah Haykal yang tampak kurang senang dengan tingkahnya.
Aileen tayang sengihan comel.
"Boleh bagi location rumah Izzat? Please". Pinta Aileen lagi.
"B-bukan saya tak nak bagi, Leen. Tapi bahaya. Nanti Dhean marah saya". Balas Haykal lembut.
"Alah, saya pandai jaga diri. Saya nak settlekan urusan dengan Izzat. Bolehlah", Pinta Aileen lagi. Kolar baju Haykal disentuhnya.
Gulp!
Berpeluh dahi Haykal.
"Please Kal".
"Ff-fine! Ambil ni". Sekeping kad mini diserahkan kepada Aileen dengan wajah terpaksa. Apa - apa aje asalkan wanita itu tak terus lemahkan imannya. Mampus dia nanti!
"Yeay, thanks Kal!" Jerit Aileen teruja.
Terus sahaja dia menggamit kawan - kawannya keluar bersama - samanya.
Perempuan memang akan selalu menang!
"Mampus kita kalau apa - apa jadi pada dia orang". Haykal hela nafas. Dia raup wajah.
Nazim mengeluh.
Ya, memang mereka takkan terlepas daripada Rian kalau apa - apa jadi pada Aileen dan kawan - kawan wanita itu.
"Kau nak call Dhean?" Soal Nazim perlahan.
"Habis, apa pilihan yang aku ada?"
Dan dua - dua mengeluh.
Habislah mereka.
"Izzat call saya",
"Kenapa Izzat call awak? Dia nak apa lagi? Memang nak mati betul jantan ni!" Aileen menggumam marah.
"Bodoh ke dia tu? Tak sedar lagi lepas apa yang suami kita buat pada dia?!" Tukas Widya.
"Eii, saya la rasa nak aje tampar - tampar muka dia yang tak berapa handsome tu!" Bidas Ayeen.
Alfia hela nafas.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...