FAHIM tersengih suka tatkala sepasang matanya menjamah nakal belakang tubuh seksi Alfia yang sedang membasuh pinggan.
Dia sendiri tak menyangka yang Alfia akan memilih untuk lingerie pagi - pagi begini. Malas dia mahu tanya nanti Alfia berkecil hati pula. Fahim biar aje. Dia pun suka tengok Alfia seksi.
"Fia", Fahim kepung tubuh Alfia.
Bibir merahnya hinggap pada bahu Alfia yang terdedah.
"Fahim", Pipinya memerah.
"Fia cantik, seksi. Abang suka". Kata Fahim bersama sengihan. Pipi Alfia diciumnya.
Tak senang Alfia hendak membasuh pinggan tatkala Fahim memintal - mintal rambutnya.
"Wangi. Abang suka bau Fia",
"Saya nak basuh pinggan".
"Fia basuhlah pinggan. Abang nak tengok Fia buat kerja".
"Awak kacau saya".
"Mana ada. Abang cuma tengok keindahan yang tercipta untuk abang. Cantik, bidadari abang ni". Fahim tersengih mengusik tatkala melihat pipi Alfia bertukar rona.
Comel!
"Kalau Fia nak tahu... dulu Fia nakal sangat dengan abang tau. Fia mana pernah malu - malu. Fia yang main redah dulu sampaikan abang yang lelaki ni malu". Cerita Fahim.
"Saya nakal?"
Fahim angguk.
"Nakal sangat. Fia main sakat - sakat abang. Kenakan abang. Fia kuat cemburu. Tapi bila Fia cemburu, Fia nampak sangat seksi. Abang suka bila Fia pertahankan abang sebagai hak milik Fia", Tokok Fahim lagi.
Bibir nipis Alfia diusapnya lembut.
"Tapi Izzat kata Fia dan di-". Bicara Alfia mati tatkala bibirnya dikunci Fahim.
Fahim pusingkan tubuh Alfia menghadapnya lalu bibir merahnya mencium lembut bahu yang terdedah itu.
Tangannya makin nakal meliar ke seluruh tubuh Alfia.
"Fa-Fahim..." Bergetar suara Alfia menyeru Fahim.
"Awak, berhentilah". Tubuh Fahim cuba ditolak namun Fahim kembali temukan bibir mereka berdua.
Fahim terus jauhkan tubuh tatkala melihat air mata yang membasahi seraut wajah Alfia.
"Astaghfirullah..." Wajahnya diraup.
"Aba-abang minta maaf. Abang cuma..." Fahim hela nafas.
Dia dah janji pada Alfia semalam yang dia tak mahu paksa Alfia bersama dengan dia. Tapi tadi dia hampir memaksa Alfia untuk bersama dengannya.
Alfia tertunduk.
"Fia, abang minta maaf". Fahim usap lembut bahu Alfia.
Dagu Alfia dipagutnya.
"Abang minta maaf. Abang tak sengaja". Rambut Alfia diusapnya penuh kasih lalu Fahim mencium lembut dahi wanita itu.
Air mata Alfia disekanya.
"Awak suka tubuh saya je? Awak ikhlas cintakan saya atau tak?" Lirih bicara Alfia.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...