Bab 35

28.6K 1.5K 94
                                    

"BABY..." Lirih suara Fahim tatkala mayat seorang bayi lelaki yang berusia tiga bulan berada di dalam dakapannya. Bayi itu pucat dan begitu keras bagaikan bayi itu telah disimpan di dalam peti sejuk sebulan lamanya.

"Fahim", Raf sentuh lembut bahu Fahim.

"An-anak aku. Anak aku comel". Fahim menggogoi. Dia senyum tawar pada Raf, Rian dan Rash yang tampak gusar melihatnya.

"Fahim, sabar..."

"Tapi anak aku tak menangis. Aku yang menangis. Baby, baby rindu abi?" Soal Fahim lembut. Dia menangis tersedu sedan dihadapan kawan - kawannya.

"Ya Allah, Fahim". Rash ambil mayat bayi itu dari terus dipegang Fahim.

"Bagi anak aku. Rash... aku nak anak aku". Fahim menggogoi dihadapan Rash.

"Ini bukan kau, Fahim. Tolonglah jangan macam ni". Celah Rian.

"Bukan aku?! Kau rasa apa perasaan kau bila nampak anak pertama kau mati keras dalam kotak?" Soalan Fahim buatkan mereka bertiga hilang kata.

"Fahim, aku dah call polis. Kita bawa baby kau untuk diuruskan dengan sempurna ya?" Soal Rash lembut.

Fahim menangis.

"Kenapa Izzat tergamak buat aku macam ni? Takkan sebab dia tak suka aku dia bunuh anak aku? Ya Allah... sakitnya hati aku".

Begitu cepat segala kebahagiaan dia direntap.

Mereka kemalangan, Alfia amnesia dan kini, anak sulung mereka pergi buat selama - lamanya.

"Fia..."

"Fahim, berhentilah menangis". Pujuk Raf.

"Aku nak Fia".

"Rian, kau temankan Fahim. Aku dengan Raf nak uruskan anak Fahim. Fahim, apa nama anak kau?"

"Fahim..."

"Ad-Adam".

"Huh?"

"Nama anak dia, Adam". Balas Rian.

"Adam. Abi nak jumpa kamu disyurga nanti", Bisik Raf lembut.

Air mata Fahim gugur lagi.

Rash terus keluar bersama Raf.

Rian hela nafas tatkala Fahim tak berhenti menangis. Tubuh Fahim ditarik ke bahunya lalu Rian menggosok lembut belakang tubuh Fahim. Memujuk.

"Dah, aku ada. Jangan menangis",














"DAH lama tak rasa lega macam ni". Aileen mendongak memandang langit malam yang dihiasi bintang - bintang. Bahagia.

"Macam mana awak pandai berlawan, Leen? Awak pernah masuk kelas karate ke?" Soal Alfia hairan.

"Betul tu. Kami pelik juga tengok awak kuat lain macam". Bidas Ayeen.

Widya menompang dagu memandang Aileen dengan pandangan penuh tertanya - tanya.

Aileen kemam bibir pandang kawan - kawannya.

"Macam mana saya nak cerita eh? Saya sebenarnya risau awak semua takut dengan saya". Aileen hela nafas.

"Beritahu ajelah. Kami janji tak takut. Lagipun, awak tak bahaya bila dengan kami". Pujuk Ayeen.

"Saya sebenarnya dari kecil hidup tanpa mak dan ayah. Ayah saya, saya memang tahu dia dah tak ada sebab dia mati kerana saya..." Aileen tertunduk.

"Tapi mak saya, saya tak tahu dia hidup atau mati. Abang saya kata mak saya dah tak ada. Saya dilatih oleh abang saya untuk mempertahankan diri sebab..." Aileen berjeda.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now