KERUSI roda ditolak masuk ke dalam kawasan rumah Encik Qhairil dan Puan Marwah. Fahim menahan esakkan tatkala dia masuk ke rumah ibu bapanya.
"Fahim..." Rizky usap lembut bahu Fahim.
"Dua hari lepas sepatutnya aku bawa Fia datang sini, Rizky. Hati ni sakit sangat. Fia tak ada dengan aku. Aku nak belajar masak dengan ibu". Fahim menangis.
"Fahim, kau kuat. Kami janji akan tolong kau cari Fia. Tapi kau kena sembuh dulu. Belajar masak dulu". Pesan Raf lembut.
"Fia... aku rindu Fia".
Rian diam.
"Farhah kan ada. Abang Fahim janganlah sedih. Farhah boleh jaga Abang Fahim",
"Abang Fahim tak nak. Abang Fahim tak nak sesiapa. Abang Fahim nak Fia!"
"Abang Fahim, Fia tu dah tak ada. Mayat dia entah - enta-"
"Sial!"
Terkedu Farhah tatkala melihat wajah marah Fahim merenung tepat padanya.
"Kau jangan fitnah isteri aku mati! Dia hidup lagi! Aku dapat rasa! Aku tahu isteri aku ada!" Tengking Fahim kuat. Mukanya merah padam. Serius pandangannya buatkan Farhah hilang kata.
"Fahim, sabar..."
"Isteri aku tak mati lagi!"
"Ya, ya, Fia ada. Dah sabar - sabar. Emosi kau tak stabil lagi ni. Kita rehat ya? Aku dan Raf temankan kau". Pujuk Rizky lembut.
"Fia ada lagi. Fia tunggu aku". Fahim menggogoi.
"Fia sentiasa tunggu kau, Fahim. Kau kena sabar. Cepat sembuh". Pujuk Raf lembut.
"F-Fia... aku nak Fia". Fahim menangis.
"Dah, dah. Kami ada".
Farhah memerhati Fahim yang dibawa Raf dan Rash masuk ke dalam bilik lelaki itu.
"Farhah", Farhah pusing pandang Rash.
"Jangan ambil hati. Fahim tertekan tu", Pesan Rash lembut. Dia tersenyum serba salah pada Farhah.
Farhah senyum nipis.
"Tak apa, Farhah tak kisah".
Rash angguk perlahan lalu dia pamit untuk berlalu ke arah bilik Fahim.
Farhah hela nafas.
Alfia dah tak ada pun Fahim masih tak mahu pandang dia lagi. Susah sangat ke Fahim nak gantikan tempat Alfia?
Lelaki tu nakkan apa aje?
Nak anak? Dia pun boleh bagi!
Nak cinta? Sebanyak mana yang Fahim mahukan dia akan serahkan!
Langkah Farhah mati tatkala Rian menghalang langkahnya.
Farhah hilang bicara melihat seraut wajah kacak itu memandangnya. Kenapa kawan Fahim segak - segak belaka?
"Ab-abang nak apa?"
"Jangan panggil aku abang. Panggilan tu khas untuk isteri aku". Tukas Rian dingin.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...