ALFIA selamba melangkah keluar dari milik mandi dengan mengenakan bathrobe. Dia labuhkan duduk bersebelahan Fahim yang sedang menghadap telefon bimbit.
"Abang",
"Hmm?"
"Pandanglah Fia", Seru Alfia lembut.
Fahim pusingkan wajahnya. Namun nafasnya hampir terputus tatkala bibirnya dan juga bibir Alfia bertemu.
"Auwwh, abang blushing. Comel!" Alfia gelak sebaik sahaja dilepaskan tautan bibir mereka.
Fahim pegang dada.
"Allah, Fia kenapa cium abang tiba - tiba? Dah lah seksi. Fia jangan menggoda iman abang. Ada juga benda lain yang abang gomol nanti". Kata Fahim geram.
Nakal matanya memanah ke arah rambut basah Alfia.
Leher putih bersih itu betul - betul menggugat imannya. Rasa nak cop banyak - banyak di situ.
Makin nakal isterinya semenjak sebulan ini.
Alfia sengih.
"Menggugat ke?" Soal Alfia lagi. Nakal.
"Yelah. Geram tau".
"Kalau Fia buat macam ni..." Alfia letak kaki terdedahnya di atas riba Fahim. Sengaja tangan Fahim dibawa ke dadanya. Leher Fahim dipeluk.
"Abang tergoda tak?" Soal Alfia lagi.
"Alfia Nasuha". Fahim ketap bibir pandang Alfia.
Alfia sengih.
"Abang suka Fia seksi kan? Abang minat sangat tengok Fia. Fia jalan pun abang pandang. Abang angau pada Fia eh?" Bersahaja Alfia bertanya begitu.
Fahim suami dia.
"Gila tak angau. Masa Fia ikut abang pergi kerja semalam... budak baru yang kerja dengan abang tu beritahu yang Fia ni cantik. Muka dia macam jatuh cinta. Cemburu abang". Rungut Fahim.
Alfia tersenyum.
Seronok bila Fahim buat muka cemburu.
"Lepas tu?"
"Lepas tu, abang beritahu yang Fia ni isteri abang. Mula - mula dia tak percaya sebab Fia nampak muda lagi. Dia kata Fia macam anak dara. Nasib Fai sokong abang dan beritahu Fia memang isteri abang. Abang rasa nak tumbuk tau budak tu bila dia tuduh abang tipu dia. Dia kata Fia tu adik abang. What the hell? Takkan abang nak make love dengan adik sendiri?!" Bebel Fahim.
Alfia gelak.
Fahim cemburu sangat ni.
Alfia sandarkan kepalanya pada dada Fahim.
"Fia hak milik abang. Tak ada sesiapa pun boleh ambil Fia. Fia cintakan abang sampai akhir hayat kita".
"Walaupun nanti abang dah tua. Dah jalan terbongkok - bongkok pun Fia masih sayang abang?"
"Fia cintakan abang. I'm already fall for you, Iqbal Fahim". Ujar Alfia lembut.
Fahim sengih suka.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...