"SELAMAT datang bakal pengantin!" Sapa seorang lelaki yang bertubuh tinggi bersama senyuman manis tatkala melihat sepasang bakal mempelai masuk ke dalam butiknya.
"Kau jangan nak berbakal - bakal sangat! Mana baju tunang aku?" Soal Fahim geram.
Bukan tak tahu perangai kawannya itu. Pasti akan ada gelagat yang bakal memalukan dia. Dasar sotong darat!
Jatuh maruah dia depan Alfia memang dia candat sotong darat ni!
"Dah sedia dah. Aku tunggu kau dengan bakal suri hati kau datang je. Cantik juga. Pandai kau pilih ya Fahim? Aku ingatkan kau jadi teruna tua sam..."
Fahim pijak kuat kaki Syuk. Kalau nak diikutkan hatinya mahu sahaja dia tarik kuat kumis - kumis nipis tu.
"Sakit lah! Kau dengan perempuan, lembut nak mati. Dengan aku, kau kasar nak mampus". Omel Syuk tak puas hati. Dia tolak kasar tubuh Fahim.
"Aku lembut dengan perempuan sebab aku lelaki normal. Aku bukan suka spiesis sotong". Jawapan Fahim mengundang cebikkan Syuk.
Alfia ketawa kecil.
"Hai, si manis. Nama aku, Syukri Yahya. Gurau! Nama aku, Syukri Zaman. Kau panggil je aku, Syuk. Aku ni member lama bakal suami kau ni. Nama kau?"
"Nama aku, Alfia Nasuha. Panggil je Fia". Balas Alfia mesra.
"Fia. Cantik nama. Fahim dan Fia. Iqbal Fahim, Alfia Nasuha. Romantik juga nama kau berdua ni kan?" Syuk pandang Fahim.
Dia jungkit kening bila tengok muka Fahim yang dah bertukar rona tatkala Alfia memandang wajah kawannya.
Fahim... Fahim.
"Fia, kau pergilah cuba baju yang aku dah sedia kat dalam bilik persalinan. Fahim yang pilihkan. Aku pun tak tahu kena ke tidak dengan saiz kau".
"Okey. Abang, boleh pegang beg ni tak?"
Dup!
Jatuh terduduk terus Fahim dengan panggilan Alfia. Lenggok suara lembut yang menggoda itu.
Nafas dia jadi laju semula!
Ibu... Iqbal rasa nak pengsan!
"Abang?"
"Ja.. jangan panggil aku abang!" Larang Fahim. Mukanya memerah buatkan Alfia tahan senyum. Terhibur dia dengan perangai Fahim.
"Boleh tolong ja..."
"Aku jaga! Tap.. tapi.. tolong jangan panggil ak... aku abang!" Pinta Fahim pantas. Dia rasa nak putus nyawa bila dengar Alfia panggil dia abang. Suara lembut pula tu.
Alfia hulurkan beg tangannya pada Fahim lalu dia pergi ke arah bilik persalinan.
Syuk sengih pandang kelibat Alfia yang semakin menghilang lalu dia pandang seraut wajah Fahim yang semakin memerah.
Aduhai, kawan dia ke ni?
"Kau ni... teruk sangat pemalu". Tegur Syuk.
"Di.. dia tu. Di.. dia tu.. aish! Aku tak tahulah! Aku tak boleh tengok muka dia sangat. Kaki aku ni terus menggeletar. Jantung aku ni laju je. Aku sakit jantung ke Syuk? Aku tak nak mati lagi". Fahim pangku kepalanya.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...