F A R H A H - Prolog

26.1K 1K 21
                                    

"CIK  Farhah..."

Wajah  sayu  Farhah  dipandang  dengan  rasa  simpati.  Mereka  tahu  apa  yang  tuan  mereka  rancangkan.

Namun,  malang  sekali  mereka  tak  mampu  hendak  membantu  Farhah.

"Kenapa  dia  buat  saya  macam  ni?  Apa  salah  saya  pada  dia?"  Soal  Farhah  sebak.

Dia  tahu  dia  pernah  menganggu  hubungan  orang.

Dia  tahu  dia  pernah  berkomplot  dengan  Izzat  untuk  biarkan  Alfia  terus  menghilang  dari  hidup  Fahim.

Tapi  semua  itu  khilaf  dia  dan  dia  betul  -  betul  menyesali  apa  yang  dia  telah  lakukan.

"Tuan  itu  asalnya  anak  yatim  piatu.  Tak  pernah  jumpa  keluarga  sebenarnya.  Dia  diambil  menjadi  anak  angkat  oleh  satu  keluarga.  Malang  sekali,  dia  menjadi  mangsa  penderaan  mental  dan  emosi",  Seorang  perempuan  mengeluh.

"Tuan  pernah  berkahwin  sebanyak  dua  kali.  Isteri  pertama,  tiada  anak  tetapi  hanya  mengikis  hartanya  dan   isteri  kedua,  berlaku  curang  dengannya.  Isteri  kedua  tuan  yang  melahirkan  Mia  dan  Maya",  Tukas  seorang  lagi.

"Tapi  kedua  -  dua  bekas  isteri  tuan  bertemu  dengan  penghujung  yang  sadis.  Ka-kami  tak  sanggup  untuk  ceritakan  pada  Cik  Farhah".

Tangan  Farhah  dicapainya  lalu  digenggam  lembut.

"Cuma  kami  merayu  pada  Cik  Farhah,  jangan  tinggalkan  tuan.  Dia  cuma  jadi  macam  itu   bila  dia  cintakan  seseorang.  Tuan  tak  pernah  jatuh  cinta  selepas   kegagalan  perkahwinannya  selama  dua  kali",

"A-Ammar  psiko?  Saya..."  Farhah  rasa  hendak  menangis.

Apa  nasib  dia?

"Tapi  tuan  cintakan  Cik  Farhah.  Tuan  tak  pernah  nampak  terdesak  macam  ini.  Walaupun  dia  sebegitu  rupa,  tapi  dia  baik  kalau  Cik  Farhah  tak  cuba  untuk  pergi  dari  hidup  dia".  Kata  perempuan  itu  lagi.

Air  mata  Farhah  menitis.

Rasa  ketakutan  bakal  menerpa.

Ammar  sangat  menakutkan  dia.  Perangai  lelaki  itu  tak  ubah  seperti  possessive  terhadapnya.

"Kami  sepatutnya  tidak  dibenarkan  untuk  memberitahu  kepada  sesiapa.  Tetapi  kerana  Cik Farhah  akan  menjadi  isteri  tuan  jadi  kami  beritahu  Cik  Farhah".

Farhah  ketap  bibir.

"S-saya  akan  cuba".

Dia  akan  usahakan  sehabis  daya.  Tapi  kalau  keadaan  Ammar  semakin  kritikal  dan  menakutkan  dia,  mampu  lagikah  dia  untuk  teruskan?

Sungguh,  dia  hanya  manusia  biasa.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now