BIBIR di ketap menahan geram. Terbakar hatinya melihat seorang wanita jelita cuba mahu mengurat Fahim di hadapan matanya. Dia ulang, di hadapan matanya!
Apa yang buatkan dia makin geram bila Fahim langsung tak malu terlampau seperti dirinya. Tetapi bakal suaminya itu tampak segan dengan wanita jelita itu.
Tak boleh jadi!
"Miss!" Alfia tegur wanita jelita itu.
"Yes cik?" Soal wanita jelita itu bersama sengihan comel.
"Dia bakal suami saya!"
"So? Awak nak saya buat apa?" Soal wanita itu lagi. Dia letakkan tangan pada bahu Fahim.
Makin melonjak api amarah Alfia.
Fahim bakal suami dia!
"Stay away from him! Saya boleh belasah awak kalau awak berdegil!" Tegas Alfia. Takkan sesekali dia biarkan perempuan lain ambil Fahim darinya.
Wanita itu ketawa kecil tatkala melihat muka marah Alfia.
"Comelnya, future wife awak... Fahim". Puji wanita itu bersama ketawa.
Nampak sangat Alfia sayangkan Fahim.
Pipi Fahim bertukar rona.
Malu...
"Sayang", Lembut Rian menegur buatkan wanita itu menjauhi Fahim.
Dia rapikan rambutnya dan kemudiannya, dia pandang wajah geram Alfia dengan senyuman.
"Nama saya, Aileen Helena. Panggil aje Leen. Saya main - main je tadi. Saya tak nak pun pada Fahim. Saya dah ada suami handsome!" Ceria leher Rian dipautnya.
Rian tersenyum kecil lalu pinggang Aileen dipeluk.
Macam - macam lah isteri dia ni.
"Dia suami awak?"
Aileen angguk laju.
"Saja je saya nak mengusik. Saya suka cara awak pertahankan Fahim. Kita perempuan kena jadi garang sikit. Mana boleh lembut sangat. Nanti ada penyondol nak menyondol, kan dah susah?" Bicara Aileen yang bersahaja buatkan Rian gelak kecil tatkala air muka Alfia berubah.
Kalau suatu hari nanti ada perempuan yang cuba rampas Fahim darinya, kuat ke dia untuk bertahan?
"Fahim, lelaki yang pemalu. Susah nak jatuh cinta. Kalau kau nak tahulah", Ujar Rian.
Makin membahang wajah Fahim tatkala dia dijadikan topik utama. Tak guna punya Rian.
"Aisyah mana?" Terus dia tukar topik.
"Tidur", Balas Aileen.
Anak bongsu mereka yang berusia sebulan setengah itu begitu banyak ragam. Tapi bila si suami yang memujuk, mahu pula tidur. Aduhai anak...
"Tidur pula. Baru nak main". Fahim hela nafas.
"Dah rancang ke nak ada anak berapa?" Soal Rian seraya tayang sengihan nakal.
Dia saja ajak Fahim datang rumahnya. Mahu mengusik lelaki itu.
"Aku ikut je. Kan abang?" Soal Alfia sambil pandang wajah merona Fahim.
YOU ARE READING
Fall for Me! - [FȺĦIM]
Romance-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan de...