F A R H A H - Epilog

28.1K 1.3K 169
                                    

ENAM bulan. Masa yang Farhah terpaksa ambil untuk mengubah seorang Ammar Hazrif. Banyak ragam dalam memujuk Ammar apatah lagi suaminya tak percayakan orang luar. Hanya mahukan dia untuk sembuhkan suaminya.

"Mummy!" Kaki Farhah dipeluk Mia dan Maya.

"Hai, anak - anak mummy". Kepala Mia dan Maya diusapnya lembut.

"Bila baby nak lahir? Tak sabar!" Bicara Mia buatkan Farhah tersenyum manis.

Kandungan yang seawal satu bulan buatkan Ammar makin berusaha untuk pulih.

Mayat Sarah dan Kasha serta Zaid disempurnakan seperti mayat yang lainnya. Barangan berbahaya di dalam bilik seksaan Ammar juga di hapuskan oleh pekerjanya. Lega hati Farhah tatkala Ammar tidak dikenakan sebarang hukuman kerana tekanan perasaan yang dialaminya.

"Lapan bulan lagi, baby lahirlah. Mia dan Maya suka baby?" Soal Farhah lembut.

"Suka!" Jawab kembar itu serentak.

"Eaziziun!" (Sayangku) Farhah angkat wajah tatkala melihat Ammar yang baru pulang. Suaminya melangkah mendekati dirinya.

"Mia dan Maya pergi jumpa Nenek Atul. Mummy nak bercakap dengan daddy". Kata Farhah lembut. Dahi Mia dan Maya diciumnya penuh kasih.

"Baik mummy!" Pantas arahan si ibu dipatuhi mereka.

Tubuh Farhah terus dipeluk Ammar.

Farhah hanya membalas pelukan Ammar meskipun dia tak faham kenapa Ammar begitu teruja sehingga memeluknya.

"Kenapa ni?" Soal Farhah sambil usap lembut pipi Ammar.

"Shaqiq, dah hafal semua ayat lazim! Lepas tu ustaz nak ajar baca al-quran!" Terang Ammar bersama senyuman lebar. (Abang)

Farhah senyum.

"Hebatnya, habib Farhah", (kekasih) Rambut Ammar dielusnya.

Seorang Ammar Hazrif, apabila dia mencapai kejayaan... harus dipuji sebagai tanda menunjukkan Farhah menghargai dan bangga dengan usaha  Ammar. Bukan mudah untuk Ammar yang zero tentang agama tahu hampir semuanya.

Bila Ammar mahu gunakan bahasa arab sebagai nama panggilan mereka, Farhah hanya layankan aje.

"Shaqiq dah hafal kisah dua puluh lima orang rasul macam yang Farhah suruh". Tokok Ammar lagi. Tangan Farhah yang menekup pipinya dicium.

Farhah senyum.

"Farhah nak dengar habib Farhah baca ayat - ayat lazim untuk anak kita".

Ammar sengih.

"Minta maaf. Sibuk sangat sampai lupa Farhah yang menunggu di rumah bersama anak - anak". Balas Ammar serba salah.

Pipi Ammar dicium.

"Farhah tak kisah. Asalkan hati habib sentiasa untuk Farhah dan anak - anak".

"Mata ni", Tangan Farhah dibawa menyentuh matanya.

"Bibir ni". Bibir Farhah diragutnya lembut. Pipi Farhah menghangat.

"Dan hati ini", Tangan Farhah dibawa menyentuh dadanya. Ammar cantumkan dahinya dan juga dahi Farhah.

"Semuanya milik Farhah. Perempuan lain takkan dapat apa yang shaqiq dah berikan pada Farhah. Farhah sangat istimewa bagi shaqiq. Farhah satu - satunya wanita yang setia disisi shaqiq sewaktu shaqiq ditakuti oleh semua orang. Terima kasih, isteri setia. Terima kasih, tumpangkan rahim Farhah untuk lelaki yang serba kekurangan ni". Ucap Ammar telus.

Fall for Me! - [FȺĦIM]Where stories live. Discover now