~PROLOG~

1.3K 26 3
                                    

Aira mengetap bibirnya. Jari jemarinya yang runcing dari tadi tak boleh berhenti berlaga dengan sesama sendiri.

Lelaki berbaju melayu rona biru gelap dengan kain pelikat warna sedondon jenama wadimor serta bersongkok itu sesekali dipandang dengan penuh rasa takut. Tak berani nak berlaga pandangan. Tengok bayang abahnya pun dia sudah mau pengsan sekarang.

'Inilah akibatnya kalau tak dengar cakap abah,Aira...' Getus hati kecilnya. Menyesal dia bersetuju dengan ajakan kawan-kawan lelakinya tadi untuk bermain di kawasan sungai.

Rotan buluh dalam tangan Encik Hisham sesekali dilibas ke udara. Saja dia buat macam tu. Menggertak anaknya yang degil itu. Dia berjalan mundar mandir di hadapan Aira yang sedang tertunduk. Takutlah tu.

"Kenapa pergi ke sana lagi?!" Encik Hisham merotan kaki Aira. Anak remaja itu mengaduh sakit namun tak sikit pun dihiraukannya.

"Aduh,bah...sakitlah!" Kakinya yang berbalut seluar track warna hitam jenama Paul Smith itu digosok. Perit. Mukanya dikerutkan.

"Kan abah dah cakap jangan berkawan dengan budak-budak tu lagi. Diorang tu lelaki,kamu tu perempuan. Tak elok kalau orang nampak,Aira! Kamu semua pun dah besar, 16 tahun dah!" Rotan dilibas ke udara.

Aira hanya menunduk. Hujung baju t shirt lengan panjang dengan tulisan 'I ❤️ Penang' itu dipintal. Ibunya yang baru keluar dari dapur dengan membawa dulang berisi seteko air teh dan sepiring kuih bahulu dipandang. Gaya seperti minta simpati dari ibunya. Kalau bukan ibu, pada siapa lagi dia nak minta pertolongan?

"Dah-dahlah tu,bang. Budak tu bukannya pergi sorang diri. Dia pergi dengan Mira anak Mawi,kan?" Puan Rosita cuba menenangkan suaminya walaupun dia tahu suaminya takkan termakan dengam kata-katanya. Lelaki ini memang tegas dengan anak tunggal mereka itu.

" Macam tu lah awak! Selalu sangat bela budak ni! Dah besar melawan saya pulak jadinya."

Pantang Aira melanggar katanya,pasti budak itu dikerjakannya dengan rotan buluh lagenda itu. Dah berapa kali dia beli baru sebab dah tak boleh pakai lagi.

Selalu saja Aira ni dimarah dan dirotan. Dia faham, suaminya mahu Aira jadi anak yang baik dan pandai jaga maruah ibu bapa. Yalah, dah bapaknya ni ketua kampung. Mestilah kena jaga air muka juga.

"Aira janji tak keluar lagi main dengan geng Pian tu,bah. Lepas ni Aira main dengan kawan perempuan je." Aira mengangkat tangan kanan. Gaya seperti baca ikrar ketika perhimpunan pagi di sekolah.

"Berapa kali lagi kamu nak janji dengan abah?!" Sekali lagi rotan buluh itu mendarat di atas betisnya.

"Sakitlah abah..." Aira menggosok betisnya yang dirotan. Lagi.

"Abah nak kamu masuk kelas fardhu ain abah setiap petang sebagai denda sampai hujung tahun ni. Abah buat ni supaya kamu tak menconteng arang ke muka kami kemudian hari. Memalukan betul! Aku mengajar anak orang lain,anak sendiri tak boleh diajar!"

Abah melangkah ke biliknya. Rotan buluh yang masih setia di tangannya dah berbulu di bahagian hujung. Tanda betapa banyak dah Aira kena rotan dengan abahnya.

Kalau ada adik kan best. Boleh kongsi sikit-sikit sorang makan libasan rotan lagenda abah. Tapi malangnya, ibu selau saja gugur. Cuma dia yang melekat.

🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼

Aira tersenyum sendiri bila terimbau kembali kenangan ketika dia masih mentah dulu. Nakal betul. Lagi orang larang,lagi dia buat.

Abahnya ketua kampung dan imam masjid waktu itu. Memang terkenal dengan sikap tegas dan garang. Semua penduduk kampung hormatkan keluarganya. Kini abah dah pencen tapi orang masih hormatkan abah sama macam dulu.

What About Revenge [✔]Where stories live. Discover now