Henry menarik brek tangan kereta yang dipandunya itu. Kawasan sekeliling diperhatikan. Papan tanda atau apa-apa saja petunjuk jalan yang ada dibacanya satu persatu. Dia menoleh ke kiri. Kedai makan yang tak berapa ramai pelanggan itu hanya dilihat sekali lalu. Dia lebih tertumpu kepada jalan besar.
Entah kenapa Waze yang dia guna dari tadi tak berfungsi pula. Mungkin faktor hujan kut. Hatinya berbisik. Buntu dan tak tahu nak buat apa dah,Aira yang terlena di sebelah dikejutkan perlahan.
"Mia... Mia... Bangunlah. Dah sampai bandar JB ni. Tapi homestaynya yang mana satu."
Aira terjaga dari lenanya. Wajahnya diraup.
"Dah pukul berapa ni?" Aira memandang kawasan sekelilingnya. Memang bandar.
"Around 10.30. Call Pian tu kejap tanya kat mana homestay."
"Hah? Okey, kejap."
Nombor sahabatnya itu segera didial. Tak sampai seminit pun panggilannya diangkat.
"Hello,Pian. Aku dah sampai ni tapi... Eh kejap lah. Kau cakap dengan Henry."
'Huish,apa pulak cakap dengan aku. Nanti karang tersilap kantoi ni bahaya!' Henry sedikit cemas.
Telefon yang dihulurkan kepadanya disambut dengan teragak-agak.
"Hello... Hah ni aku parking dekat kedai makan sebelah Shell ni." Henry memandang ke arah Aira di sebelahnya. Lega Aira tak syak apa-apa.
"Oh,okey... Faham." Henry mula menarik brek tangan dan kereta itu mula masuk kenjalan raya. Lebih kurang 500 meter ke depan, kereta itu membelok ke kiri.
'Patutlah tak nampak papan tanda.' Hatinya berbisik setelah melihat papan tanda yang bertulis "Rumah Rehat Sri Damai" itu terhalang dengan pokok mempelam yang tinggi dan berbuah lebat.
Sampai sahaja di perkarangan rumah rehat itu, Sufian dan ibunya dah terpacak depan pintu rumah menunggu kehadiran mereka anak-beranak. Nasib baik hujan yang tadi lebat,dah berhenti. Kalau tak,susah jugak nak angkut barang semua.
Aira yang baru bangun tidur terus rasa segar bila terlihat rumah rehat tiga tingkat yang memang besar siap ada kolam renang lagi.
"Ibu,abah,bangun. Kita dah sampai." Aira bersuara mengejutkan orang tuanya. Jatuh kesian pulak bila ditatap wajah-wajah kepenatan itu.
"Assalamualaikum." Aira memberi salam setelah kakinya melangkah keluar dari perut kereta. Senyuman lebar jelas terukir. Terus dia menghulurkanbtangan pada Mak Esah,ibu kepada Sufian.
"Pian,tolong suami Aira tu angkat beg semua. Biar mak bawak diorang masuk." Arah Mak Esah lalu menjemput Aira,Puan Rosita dan Encik Hisham ke ruang tamu.
Henry berdehem. Sufian yang mendekatinya itu tidak dihiraukan. Tangannya tangkas mengeluarkan satu per satu beg baju mereka anak-beranak dari dalam bonet.
YOU ARE READING
What About Revenge [✔]
Romance[COMPLETED/ IN EDITING PROCESS] previous title; My Bad Bad Boy Rare tak rare kejadian hidup Aira Damia. Dia seorang yang tak minat hip hop boleh pulak terserempak dengan kumpulan hip hop terkenal Malaysia. Terserempak cara luar biasa. Sampaikan t...