Aira berjalan di sebelah Sufian dengan riang sekali. Popcorn dan air pepsi sejuk dipegang kemas dalam tangannya. Dah tak payah keluarkan duit sesen pun. Memanglah riang semacam,kan
"Suka kau,ek? Mentang-mentang hari ni hari aku. Tak apa kau. Esok-esok adalah tu balasannya." Sufian acah geram dengan Aira walhal dalam hatinya dia gembira dapat lihat senyuman riang Aira. Dalam diam dia menyimpan perasaan buat gadis itu.
"Eleh,aku nak tengok je hari apa kau nak balas aku." Aira berjalan mengundur ke belakang. Bawal yang melilit kepalanya dibetulkan. Sufian yang berjalan menghadapnya itu dijelir girang.
Sufian sengih lalu ketawa kecil dengan gelagat Aira. Umur dah 25 tahun tapi perangai macam budak darjah satu. Inilah kesannya mengajar budak-budak sekolah rendah.
"Aku takut nanti...Warggh!"
Gedebuk!
Seperti nangka busuk,Aira tiba-tiba jatuh ke belakang setelah di melanggar manusia puaka yang menghalang laluannya. Habis popcorn dan air pepsi yang dibawanya tumpah. Hah,itulah. Siapa suruh kau jalan mengundur ke belakang macam tu... Kan dah jatuh!
Sufian yang tak sempat menarik tangan Aira juga terkejut dengan apa yang berlaku di hadapannya. Semuanya berlaku sekelip mata. Langsung tak sempat selamatkan keadaan.
"Woi,kau jalan tak tengok orang ke?!" Jerit lelaki yang dilanggarnya itu. Lelaki berkaca mata hitam itu mengesat badannya yang bermandi air pepsi dan popcorn. Semerbak bau pepsi. Haha.
Mereka sama-sama buat aksi nangka busuk jatuh tergolek tadi kat ruang legar panggung wayang ni. Nasib tak malu sorang-sorang.
Almaklumlah,hari ni tiber je kuasa Allah tak ramai orang kat sini. Jadi,Aira acahlah berjalan undur ke belakang.
Sangkanya tadi,langkahnya lancar saja. Haih tiber pulak langgar mamat kepoh plus pelik ni.
"Habis kau tu! Kenapa duk tercegat kat situ! Dah tahu ni tempat orang lalu,kan?! Yang pergi menyemak kat tempat orang lalu ni pehal?!" Aira cuba untuk tidak meletakkan kesalahan atas dirinya sahaja. Dalam hatinya, dia tahu dia bersalah.
Terkejut beruk Aira bila dia melihat susuk tubuh di hadapannya itu.
Berseluar jeans pendek atas lutut dan bert shirt lengan pendek warna hitam dengan tulisan 'Stoned'. Kaca mata hitam lelaki itu menghalangnya untuk menatap mata milik lelaki itu. Yang lebih teruk, lelaki itu memakai rantai dan cincin emas! Astaghfirullahalazim!!!
Tapi Aira husnuzon. Mungkin dia ni berbangsa cina sebab kulit putih melepak kalah kulit dia yang sawo matang.
Tanpa Aira sedar, kejadian itu dirakam orang ramai yang berada di situ. Tapi dia tak peduli!
Apa nak jadi pun,jadilah!
"Woi kau dengar tak aku membebel kat kau ni! Kau tak tahu ke aku ni siapa?! Nak aku saman kau?!"
Sekali lagi lelaki itu menjerit ke telinganya. Cermin mata hitam jenama Ray Ban itu masih setia dipakai. Kecoh ruang legar itu dengan suara mereka menentang satu sama lain.
"Bro,dah lah tu! Kita datang sini nak buat job kan?" Salah seorang kawannya menarik bahu lelaki tadi.
'Ah, sama-sama geng pelik. No wonder lah...' Getus hatinya bila melihat pemakaian kawan-kawan lelaki itu lebih kurang sama pelik dengan lelaki yang dilanggarnya. Tapi, still bginya lelaki itu paling jelik!
"Aira, dah lah tu. Kau ni tak malu ke orang rakam kau tu..." Sufian cuba menarik tangannya supaya cepat -cepat mengalah.
Namun, Aira melawan. Geram juga dia dengan sikap lelaki itu. Tak boleh cakap elok-elok gamaknya.
"Woi mamat sombong. Aku tak takut dengan kau lah. Habis, kau tahu aku siapa?! Aku juara taekwando 5 tahun berturut-turut tau! Black belt lagi!" Aira tipu. Saja nak acah bagus.
"Hahahahaha!!! Woi minah tak sedar diri! Ada aku kesah kau juara taekwando ke judo ke!" Lelaki itu menghamburkan hilai tawanya.
Aira tambah sakit hati bila tengok mamat tu gelak sakan kat dia.
Tak boleh jadi ni!
Baru saja Aira nak melangkah lebih dekat untuk menampar lelaki itu,kakinya tersadung kaki salah seorang kawan lelaki itu.
Malang!
Memang malang!
Nasibnya bertambah buruk bila dia terjatuh atas lelaki itu. Buat kali kedua. Kedua! Tawanya yang tersisa tadi serta merta berhenti.
Sesaat...
Dua saat...
Tiga saat...
Empat saat...
Lima saat...
Huish,lama mata mereka bertentangan. Aira je lah. Lelaki tu,dia tak tahu dek kerana cermin mata gelapnya tu.
'Amboi,sedap kau ye landing atas anak teruna orang.' Bisik hati jahatnya.
"Aira!" Sufian bersuara. Dia segera membantu Aira untuk bangun. Namun lelaki cam harom tu lagi cepat tolak bahunya sampai Aira jatuh ke tepi.
"Encik,saya minta maaf bagi pihak kawan saya ni,ya?" Sufian cuba berbudi bahasa. Takut juga kalau ada yang memviralkan kes Aira ni. Teruk padahnya pada karier dan imej sebagai seorang guru.
"Oh! Jadi minah sewel ni kawan lu. Nasib bukan awek lu. Kalau tak memang malang laa nasib! Mau mati hidup sama dia!" Dia ketawa jahat. Aira yang berdiri di belakang Sufian dipandang.
Body dan muka bukan main lawa. Kulit sawo matang,hmm...melayu sejati.Pakai tudung acah ustakjah. Tapi tu lah...perangai cam harrom! Mulut kuanghajo! Dah salah tak nak ngaku pulak dah!
"Pesan kat kawan lu,bro. Kalau reputasi aku jatuh siap dia." Dia menuding jari ke arah muka Sufian.
"Henry, dah lah...kita dah lambat bro!" Kawannya yang berambut karat ikal paras atas bahu itu segera menarik tangan Henry supaya segera beredar dari situ. Boleh timbul masalah besar kalau biar mamat ni bertikam lidah dengan orang awam.
'Oh,jadi Henry nama dia.' Bisik hati Aira. Nama pun dah macam hell ada hati nak ugut aku.
"Siap kau!" Sempat Henry berpaling ke belakang dan memberi amaran kepada Aira.
"Dah lah,Pian. Aku nak balik! Mood swing!" Bentaknya bila kelibat Henry and the gang dah hilang dari pandangan.
Dia melangkah meninggalkan Sufian di belakang terkebil-kebil.
"Aira! Duit aku!" Jeritan Sufian tak dihiraukan. Dia nak balik! Malu tahu tak. Rasa macam sedunia tengah gelakkan dia sebab bertindak bodoh.
'Nak balik!'
'Abah,ibu tolong Aira!' Raung hatinya.
Segera dia ke tempat letak kereta aras G bangunan Sunway Pyramid itu. Tiba-tiba saja rasa lemas duduk kat sini walaupun tadi bukan main enjoy lagi.
Itulah, orang tua-tua pernah pesan,kan? Kalau suka sangat nanti banyak menangis.
Betul ke?
Entah.
Mungkin ya.
Mungkin tidak.
❄️ ❄️ ❄️ ❄️ ❄️ ❄️ ❄️ ❄️
YOU ARE READING
What About Revenge [✔]
Romantiek[COMPLETED/ IN EDITING PROCESS] previous title; My Bad Bad Boy Rare tak rare kejadian hidup Aira Damia. Dia seorang yang tak minat hip hop boleh pulak terserempak dengan kumpulan hip hop terkenal Malaysia. Terserempak cara luar biasa. Sampaikan t...