~BAB 10~

503 16 0
                                    



Aira meraba ruang kosong di sebelahnya. Lelaki yang tidur di sebelahnya malam tadi sudah terjaga lebih awal rupanya.

Aira mencapai telefonnya di meja sisi katil. 5.45 pagi. Awal juga dia tu bangun. Aira bangkit dari perbaringannya lalu turun dari katil. Tuala yang disangkut belakang pintu dicapai lalu kakinya diatur ke bilik air.

Dia memang jenis yang mudah bangun dan suka bagun awal pagi. Lagipun abah selalu marah kalau dia bangun lewat lepas tu tak mandi sebelum solat subuh.

'Abah,Aira rindu sangat.'

Selesai saja dia membersihkan diri dan solat subuh bagai,Aira turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Seingatnya dalam peti sejuk masih ada sebungkus mee kuning jadi bolehlah dia buat mee goreng. Nak masak apa yang Henry suka, diabtak tahu makanan macam mana yang Henry gemar.

Sampai saja di lantai bawah,Aira nampak meja makan dah kemas seperti sedia kala. Aira sedikit tersenyum. Tak ada la dia kena pegang benda-benda haram macam tu.

Telefonnya diletakkan di atas kitchen island. Time to show some cooking skills,guys.

Aira ambil masa 45 minit saja untuk memasak. Memandangkan tak ada bahan banyak so mudahlah kerja dia. Udang pun cepat saja cair dari beku leoas keluar dari freezer.

Henry melangkah perlahan menghampiri anak tangga terakhir. Aira ada di dapur. Aroma masakannya sungguh menggugat selera. Langkahnya dipercepat. Tak sabar nak tengok Aira masak apa.

"Ehem,ehem!" Henry berdehem untuk mencuri perhatian Aira yang sedang fokus menggaul rata mee dalam kuali.

"Hai,good morning." Aira senyum sambil pandang sekilas pada Henry yang sedang menongkat dagu di meja panjang itu.

Tudung shawl yang melurut jatuh diangkat dengan susah payah.

"Haa,itu lah kau. Bajet alim pakai tudung. Macamlah dosa kalau kau bukak. Kalau tak pakai kan senang." Henry buat muka selamba. Aira hanya buat dek aje. Malas nak gaduh pagi-pagi macam ni.

Siap saja gaul mee,Aira terus tutup api dan dan hidangkan dalam mangkuk besar. Dua biji pinggan dicapai.

"Kau masak apa ni?" Henry bangun lalu menuju ke arah Aira yang sedang mengisi mee ke dalam mangkuk.

'Kau rasa?' Rasa nak cakap macam tu boleh tak?

Aira pilih untuk membiarkan pertanyaan Henry. Tak kenal ke mee goreng?

"Nak air apa?" Aira hidangkan mee ke atas pinggan Henry. Lelaki itu segera duduk semula bila sedar soalannya dibiarkan tak berjawab.

'Alah,saja je nak acah ramah. Pun tak boleh ke?'

"Buat aje lah air apa-apa pun..." Henry memulakan sarapannya sebelum Aira.

"Air apa-apa je? Air semalam nak?" Aira buat muka sinis. Walaupun Henry tak nampak riak wajahnya tapi dia yakin yang lelaki itu faham benar maksudnya.

"Stop it, Aira! Stay out of my business!"

Tangan Aira lincah membancuh air Nescafé 3 in 1 perisa latte di dalam cawan dia dan Henry.

"Oh,so now I gotta stay out of something that happened in front of my eyes?! How could you,Henry?! You were born as muslim,Henry!" Aira melangkah ke kitche island lalu meletakkan dua mug kaca itu ke atas meja. Dia ambil tempat di hadapan Henry.

Lelaki itu hanya diam. Masih meneruskan makan. Tak tahulah diam kerana apa. Aira memulakan makan dengan bismillah. Henry hanya memerhati tingkah Aira. Gadis ini memang kuat melawan betul.

"Suka hati akulah nak buat apa pun! Rumah aku,kan? Yang kau sibuk kenapa? Ke kau fall in love ngan aku?" Henry sengih nakal sambil angkat kening sebelah.

Aira memandang tepat anak mata Henry. Kening lelaki itu yang sedikit tertoreh di hujungnya memang menambahkan lagi aura bad boynya. Aira kembali ke alam nyata. Memang taklah dia nak jatuh hati pada lelaki seperti Henry!

"Hell no! Memang taklah! Saya cakap macam tu sebab apa yang awak buat tu salah Encik Henry oi." Aira meneruskan suapan mee goreng itu ke mulutnya.

"You know what, my Mia? Just forget about last night." Henry menambh mee ke pinggannya.

'Sedap pulak minah ni masak. Macam Nek Pah punya air tangan.'

"Huh,senangnya lelaki ni,kan? Nak-nak spesies play boy macam awak ni. Memang tak permah nak kesah perasaan orang!"

Aira bangun. Hilang seleranya bila teringat kejadian semalam. Dia takut kalau-kalau dia perlu bersedia untuk melihat sesuatu yang lebih dahsyat dari sisi gelap lelaki itu.

ʕ'• ᴥ•̥'ʔ


Aira melangkah keluar dari biliknya. Bakul laundry berwarna putih itu dibawa keluar sekali. Pintu bilik Henry di sebelah diketuk tiga kali.

Selang beberapa saat,lelaki itu muncul dari balik pintu dengan hanya berseluar. Keningnya diangkat melihat Ara di hadapan pintu biliknya.

Aira memandang ke arah badan Henry yang topless itu.

'Nak terliur ke nak buat apa,ek? Kalaulah kau ni ada ciri-ciri dai ke pak ustaz ke konfem I'll let my guard down...' Sempat Aira mengelamun melihat six packs mengancam milik Henry. Rantai yang dipakai lelaki itu sedikit membuatkan sense of sexinessnya bertambah.

'Wake up,Aira! Wake up!' Aira menampar perlahan pipinya.

"Eh,eh. Yang kau ni dah kenapa?!" Henry menahan tangan Aira dari menampar diri sendiri berkali-kali.

'Apa kena minah ni? Tadi waras aje aku tengok kat bawah.'

"Erm... Armm... Tu... Saya... Sa... Ya..."

"Apa?!" Henry memukul pintu untuk menyedarkan Aira.

"Saya nak ambil baju kotor awak. Ada tak? Kalau ada,meh saya basuhkan."

"Oh,cakaplah dari tadi." Henry masuk semula ke dalam biliknya. Bakul laundry di tepi pintu bilik air diambil.

Tiba-tiba, satu idea nakal menerjah mindanya. Dia ketawa kecil. Laci di dalam almarinya dibuka. Lalu satu kotak kecil dengan tulisan 'Durex' pantas diambil. Plastik kecil itu dikoyakkan lalu isinya dikeluarkan.

"Hahahaha! Padan muka kau! I pity you,my Mia. Main lagi dengan aku..." Henry membasahkan getah kecil itu dengan air di singki. Biar nampak real sikit pranknya. Lalu kondom itu dimasukkan ke dalam bakul laundry bersama baju kotornya yang lain.

"Nah ambil ni. Basuh biar wangi-wangi. Kalau tak,aku suruh kau basuh pakai tangan lepas ni." Henry cover muka nak tergelaknya. Aira hanya mengambil bakul yang diberi dengan anggukan kecil.

Henry menutup pintu biliknya lalu dikunci. Dia menyandar pada belakang pintu sambil terkekek ketawa. Tak boleh tengok muka naif Aira tadi. Hahahahahaha! Sampai sakit perutnya ketawakan Aira.

(◠‿◕)

(◠‿◕)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
What About Revenge [✔]Where stories live. Discover now