"Bad boys ain't no good but good boys ain't no fun."
Aira menutup mulutnya yang ternganga. Takut nanti tertelan lalat pulak. Hehehe. Tak sangka macam ni rupa studio Henry. Ingatkan masa dia sebut "Ini studio",bilik ni biasa-biasa aje. Yalah,setakat ada mikrofon dan komputer. Macam youtuber buat cover lagu tu,kan? Tak pernah lagi tengok yang gempak macam ni.
Bila sebut well- equipped,memang betul. Dinding serap bunyi,mikrofon bukan calang-calang. Ni dah macam bawa studio dia ke sini. Siap ada kamera jenama Canon dengan tripod sekali. Fuh,merencik!
"Kau suka lagu apa?" Henry duduk di hadapan komputernya yang baru saja dihidupkan. Tangan menggerakkan mouse.
"Saya minat James Arthur. Semua lagu dia saya minat!" Aira teruja. Siapa je yang tak hyper bila cakap pasal orang yang kita minat,kan? Contohnya, crush!
"Ada aku tanya kau minat penyanyi mana ke?" Sinis. Matanya masih setia pada skrin komputer.
Aira merebahkan punggungnya ke atas bean bag berwarna merah itu. Mulutnya dimuncungkan.
'Alah,sama lah tu!'
"Mengata aku lah tu..." Matanya dijeling ke arah Aira. Pen yang secara kebetulan ada dekat dengan tangannya dilemparkan ke arah Aira. Tepat mengenai batang hidung Aira.
"Ish,dia ni! Sakit lah!" Batang hidungnya digosok.
'Nak keluarlah macam ni! Suruh masuk sebab nak kena buli buat apa?!' Aira bangun dari duduknya.
"Tak payah lah keluar lagi... Kan aku dah cakap nak settle kerja aku dengan kau. Tunggulah dulu..." Suara Henry mengendur bila dia sedar yng amarah Aira terhadapnya mula membara.
'Kuat betul merajuk nih...'
Aira duduk kembali tapi bukan tanda dia rela dan ikhlas. Terpaksa! Tingkah lelaki itu diperhatikan. Henry mula menghidupkan kamera di hadapan pentas kecil itu. Dua buah kerusi diambil lalu disusun di atas pentas. Gitar akustik yang bersandar pada dinding diambil lalu mikrofon dihidupkan.
"Meh duduk sini. Kerusi kosong di sebelahnya kemudian ditepuk perlahan.
"Cepatlah..." Suaranya sedikit tegas bila Aira macam tak nak bangun.
"Hish..." Aira tarik muncung sedepa. Langkahnya diatur lambat. Baru ingat nak pergi mandi tadi. Dahlah tadi dekat mall bukan main berpeluh sebab nak menyorok dari peminat Henry tu.
"Saya nak pergi mandi lah... Kenapa saya kena ada jugak ni?!" Aira tak ikhlas.
"Alah,orang tak tahunya kau busuk..." Henry mulakan dengan tuning gitar akustiknya itu sementara Aira duduk di sebelahnya.
Aira hanya memerhati jari jemari lelaki itu menari di atas fret. Dari string E ke string B hinggalah ke string E semula. Aira jadi kagum dan terpesona. Dia ingatkan mamat ni pandai rap aje. Rupanya gitar pun boleh main. Mungkin keyboard di belakangnya itu pun Henry pandai guna. Kalau tak,tak kan lah ada kat situ,kan?
(*Notes: siapa yang pandai main gitar kat sini tahulah macam mana nk tuning. Just wanna share apa yg saye tau, paling atas ialah E then B, G , D, A, E. Kalau nak ingt: Every Body Goes Down And Eat. Sis mmg minat main gitar. Tapi jari pendek,tak sampai kalau nk press chord😪 hehehe)
YOU ARE READING
What About Revenge [✔]
Romance[COMPLETED/ IN EDITING PROCESS] previous title; My Bad Bad Boy Rare tak rare kejadian hidup Aira Damia. Dia seorang yang tak minat hip hop boleh pulak terserempak dengan kumpulan hip hop terkenal Malaysia. Terserempak cara luar biasa. Sampaikan t...