~BAB 16~

453 17 0
                                    


"Bad boys ain't no good but good boys ain't no fun."

Aira mendail nombor ibunya. Rasa berdebar bagaikan nak tercabut jantungnya bila talian berjaya disambungkan. Tak lama selepas berdering,panggilannya dijawab.

"Assalamualaikum,Aira?"

Aira terdiam. Takut-takut dia membalas salam dari ibunya.

"Waalaikumussalam,ibu. Ibu sihat?" Nak menitis air matanya bila berjaya mendengar suara insan yang dirinduinya.

"Sihat Aira... Ibu okey aje. Cuma abah kamu..."

"Aira dah tahu bu. Pian yang bagi tahu Aira. Aira nak balik tapi Aira takut dengan abah." Aira jujur dengan ibunya.

Puan Rosita kedengaran sedikit mengeluh di hujung talian. Nak salahkan seratus peratus pada anaknya tak boleh juga. Suaminya itu,kalau nak marah anak tak kira dah. Main hentam aje. Main tuduh aje. Ni yang buat hati dia geram dari dulu.

"Yelah,Aira. Ibu faham. Abah kamu pun satu hal. Nak marah tak ingat dunia. Ibu pun tak sempat nak dengar penjelasan dari kamu sendiri. Cuba kamu cerita dari awal." Puan Rosita teringin juga mengetahui perkara sebenar. Dia tak suka dengar khabar angin dari orang lain. Mulut orang, kadang-kadang tak berapa nak betul.

Kedengaran Aira mengeluh kecil di hujing talian. Mungkin ini masanya untuk dia jelaskan perkara yang terjadi. Tapi,dia tak rasa dia akan cerita sebenarnya Henry perangkap dia sebab nak balas dendam.

'Hell no. Mati budak tu kena ganyang dengan abah silap hari bulan.'

"Maafkan Aira,bu. Aira tahu Aira salah. Dua tiga hari sebelum Aira kena tangkap,Aira keluar dengan Pian. Aira ada terlanggar sorang mamat ni. Masa tu,Aira nak tutup malu dan salah Aira. Aira marah la dia sebab langgar Aira. Tu yang jadi gaduh tu."

"Kamu pun satu hal. Kenapa tak mintak maaf je awal-awal? Kan ke senang kalau macam tu?" Dia sendiri tak faham kenapa dia tak reti sangat nak mintak maaf masa tu. Memang malapetaka betul.

"So,alih-alih Aira dapat tahu dia artis bawah syarikat Nurul kerja. Then,Nurul ada call bagi tahu Aira untuk buat satu sidang media supaya dapat jernihkan keadaan. Dia suruh Aira datang pejabat dia untuk bincang hal tu."

"Dipendekkan cerita,lepas meeting tu,kereta Aira rosak so mamat tu tolong Aira. Dia hantar Aira balik. Bila sampai, dia mintak tumpang tukar baju. Sebab baju dia basah kena hujan. Dia cakap kat Aira,dia tka tahan kena hujan. So,Aira bagilah dia masuk tukar baju. Then,masa tu lah..."

"Hmm,paham. Kamu pun satu hal. Nak balas budi orang biar berpada."

'Okey,lega lah kalau ibu anggap aku nak balas budi mamat tu. Sebab aku kena paksa,tau?!'

Bagi Aira,biarlah hal yang sebetulnya hanya dia dan Henry yang tahu. Itu kan aib dia. Dia tak amhu buka pekung sendiir walaupun dengan ibunya.

"Ibu,abah mana?" Baru dia teringat akan abahnya. Takut juga kalau tiba-tiba abah menengking ibu sebab berhubung dengannya.

"Abah dah tidur dalam bilik. Lepas isyak tadi terus tidur. Kaki dia tu kena simen,kan? Tu yang tak banyak gerak. Doktor pun tak bagi dia gerak banyak."

"Hah,kamu ni,tak nak menantu ibu balik sini ke?" Puan Rosita sedikit teruja. Maklumlah,menantunya tu artis. Siapa je tak teruja nak jumpa. Nak tengok jugak tahap kehensemannya tu. Hari tu tak semapt nak kenal-kenal.

What About Revenge [✔]Where stories live. Discover now