Henry memandu kereta BMW i8 hitamnya menuju pangsapuri Menara Bakti. Aira di sebelahnya yang memandang ke arah luar dikalih.
Perempuan bodoh!
Mudah sangat dia nak menipu Aira. Dia pun tak tahu kenapa Aira sangat bodoh. Macam budak tadika.
Bodoh!
Henry tersengih. Namun dia sengih dalam hati saja. Rancangannya bakal berhasil. Cuaca sekarang pun macam menyokong perbuatannya.
'Kau tengoklah nasib kau nanti..' Bisik hati kecilnya.
Aira cuak. Tak tahu nak cakap ke tak sebab sekarang ni memang senyap sangat. Dia yang memang selalu banyak cakap memanglah tak boleh duduk dalam suasana macam ni.
Nak pasang radio kan kereta orang. Nak cakap karang kena marah. Jadi baik dia diam aje. Perjalanan ke tempat tinggalnya yang memakan masa menambahkan lagi kebosanannya. Hujan dah buat keadaan trafik sesak. Maklumlah, hidup kat kawasan bandar,kan?
Henry yang dari tadi fokus memandu dikalih sedikit.
"Kau dah kenapa? Macamlah aku ni alien yang kau nak cuak sangat. Ke...kau tak pernah tengok lelaki hensem macam aku ni pakai baju basah." Henry mengebas sedikit bajunya yang lembab sebab tadi dah berhujan. Walaupun dah pakai payung tapi tempiasnya masih kena dan itu yang membuatkan baju kemeja putihnya lembap sedikit. Nampak habis otot-ototnya.
Aira terkedu.
Dalam masa yang sama dia meluat. Handsome lah sangat! Bapak aku lagi kacak dari kau,tau?!
"Hah,diam tu kenapa? Mengutuk aku lah tu,kan?" Henry pantas menebak fikirannya.
"Macam mana kau tahu? Memang betul tekaan kau tu. Aku memang mengutuk..."
Aira lantas diam bila Henry beri jelingan maut padanya. Huish,bahaya mamat ni. Memang tak boleh dah main cara kasar ni! Dia lagi bahaya dari apa aku jangka.
"Amboi,kau..." Henry kembali fokus.
"So...sorry,encik. Tapi mulut saya memang lancang sikit. Payah nak kawal." Aira tak tahu nak kata apa. Alih-alih,terkeluar ayat itu dari bibirnya.
Henry diam aje. Agak terkejut bila dengar Aira cakap lebih sopan dengannya. Lain benar masa kali pertama dia bertemu dengan Aira.
"Hah dah sampai dah rumah saya ni." Aira sedikit teruja. Akhirnya, dia boleh lari daripada kecuakannya. Bangunan pangsapuri 13 tingkat yang dah mula menyapa pandangan cukup untuk buat dia gembira.
Namun kegembiraannya bertukar tragedi bila lelaki yang menghantarnya pulang memakirkan kereta lalu mematikan enjin.
'Alamak!' Aira rasa macam nak nangis. Tak sedap hati lah pulak.
"Dah jom." Henry mencapai tote bag berwarna biru gelap dari tempat duduk belakang.
'Mamat ni dah kenapa?! Selamba badak aje dia jomkan aku?!' Aira sedikit keliru.
"Apa maksud encik cakap jom?"
"Oh...maksud aku...boleh tak kalau aku tumpang tukar baju rumah kau sebab aku tak tahan hujan and baju aku pun basah. Aku tak nak demam. Nanti aku takut syarikat aku SAMAN kau sebab tak dapat buat show." Henry saja tekankan perkataan saman.
Dia tahu Aira tak sekaya itu dan tak akan mahu punya disaman.
Tengok pada pangsapuri ni pun dia dah tahu.
"Tapi...rumah saya tak ada oranglah..." Aira masih berbelah bahagi takut kena saman dan dalam masa yang sama tak nak buat dosa juga. Akalnya masih waras.
YOU ARE READING
What About Revenge [✔]
Romance[COMPLETED/ IN EDITING PROCESS] previous title; My Bad Bad Boy Rare tak rare kejadian hidup Aira Damia. Dia seorang yang tak minat hip hop boleh pulak terserempak dengan kumpulan hip hop terkenal Malaysia. Terserempak cara luar biasa. Sampaikan t...